Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Mac, 2011
Ramadan 2017 Promo

Ku Buli Mereka .... Tapi Mereka Balasku Dengan ....

Salam. Berhadapan dengan kaki pukul, kaki pau ... memang satu insiden menakutkan. Time tu tak ingat apa dah ... selain takut dicederakan .. apatah lagi jika .... uhhh ....mohon dijauhkan.
Saya pernah bersituasi begitu, dengan salah seorang sahabat saya, baru balik dari sebuah kedai di sebuah kampung di hadapan sekolah lama kami. Masa tu malam, kami pergi ke kedai tu untuk membeli sedikit makanan .... balik dari kedai, nak masuk balik ke dalam sekolah. Kami ok .. pak gad kenal kami ... dah dia sedia maklum.
Kami datang ke sekolah sebab nak ambik sijil SPM ... lama bersawang kat sekolah tu, jadi kami ambik keputusan .. bertolak dari Ipoh naik bas ke Teluk Intan untuk ambik sijil SPM. Sampai .... dekat petang, jumpa cikgu2 sumer, tanya khabar selain lawat2 adik2 junior lama. Petang sangat dah .. kami tak jadi balik ... kami cadang untuk bermalam di dorm 'adik-adik' kami.
Lapar. Keluar. Mana boleh makan kat dewan makan ... cafe lak ntah camner tutup la pulak masa tu, so kami kuar maka…

Banjir Datang Lagi

Salam. Banjir datang lagi. Mak saya dok risau rumahnya kat kampung takut dimasuki air. Biasa dulu kena ... malam raya .... dok mencebuk air ... buang air di tengah malam raya. Esok raya ... orang lain sibuk dengan rendang dan lemang, ganti itu ganti ini .. kami anak beranak ... bersihkan rumah sisa tinggalan banjir.
Dah itu tak la tragik ... yang tragiknya tu .. bila pak imam sembahyang raya - buat sholat terawih .. adehhh .. tak ada takbir .. dua rakaat cam biasa .... dah elok2 habis .. pak imam tu kata apa?
"Maaf le kome ... kita sholat sekali lagi .. dok teringat umah banjir!" ....
Adehhh ... 
Dari berita2, banjir dah melanda beberapa negeri. Buat mereka yang terkena .. saya harap dapatlah buat waspada. Selain bahaya banjir itu sendiri, penyakit pun banyak. Jadi berhati2 ketika ini, jangan jadi mangsa.

Sapa Kenal? Gadis ini Tunangan Seorang Blogger. Siapakah Dia?

As-Salam. Kenal tak sapa gadis ni? Sapa tahu? Ini tunang seorang blogger popular ... sapa yang pertama tepat bagitahu, saya akan buat paparkan blog dia kat sini. Cepat... :) cer citer .. cer citer. Ok .. bawah ni satu lagi gambar tunang blogger tu. HUhuhu ...

BTW, cantik tak? hehehe...

UPDATE: dah ada dapat teka dengan bijak sekali. Tahniah .. :)

Klik untuk tahu gerangan blogger yang punyai tunang comel ini: BEAUTIFUL NARA

p.s: Harap2 empunya tunang ni tak bambu saya .. nih men curik2 ni ... :) lalalalalalala ... oh lala ....

Hari Ini Makan Gulai Tenggiri - Ikan Mahal?

Baru balik dari pasar, baru balik dari bawak mak saya pergi bank, kuarkan pencen. Hmmm apa saya beli kat pasar? Tak banyak .. ikan2 .... dan daging, ayam tak leh nak beli .. mahal sangat! Sayur lak .. hmm kat umah ada lagi ... so tak beli.
Saya beli ikan tenggiri - wife saya cakap ini ikan mahal sebab masa kecik2 dulu kalau dapat makan ikan ni .. kira macam ... makan kat hotel mewah gitu. 
Kawan saya kata kat Kuantan, kat pantai timur, ikan-ikan ni mahal. Ehh takkan la mahal - itu dalam benak saya. Kenapa nak mahal sedangkan dekat ngan laut lepas? Patutnya murah la kan ... dan setahu saya, ikan2 yang dijual kat KL nuh .. semua datang dari sana - Kelantan, Terengganu, Pahang.
Pastu saya tanya mak saya ... sebab kami pernah duduk kat Kuantan dulu, mak saya cakap .. ikan kat sana yang besar2 ni memang mahal .... mahal giler .... tapi orang belah2 sana tak makan ikan2 beso ni ... jarang ada ikan besar-besar kat pasar derang. Itu kata mak sayalah.

Saya penah posting rega ikan kat Faceboo…

Bila Ingin Memikat Si Gadis Cantik Siri 1

Gadis cantik fizikal, cantik paras rupa .. sukarkah nak menilai isi dalam hatinya? Teringin benar lelaki melihat ... cantiknya paras .. tentu cantik tingkah-lakunya, peribadinya tentu cun melecun. Dalam budaya melayu, selalunya begitulah .. bila sering kali menyamakan kecantikan paras dengan kecantikan peribadi tetapi sejauh mana kebenarannya, hanya ada satu perkara saja untuk tahu.
Antara tips untuk memikat si gadis cantik dan mencari kecantikan dalam diri ialah Elakkan Dari Berkawan Dengannya.

Kenapa? Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik tidaklah semestinya permata'. Ma…

Mudahnya Nak Promote Blog

As-Salam. Untung blogger sekarang ... leh promote blog kat mana-mana ... free lak tu. Tak perlu bayar apa2 .. walaupun pay-per-click yang suatu dulu amat terkenal - atau dengan kata lain Adword. Banyak blog dulu muncul dengan pendekatan mendedahkan macam mana nak buat duit dari internet, rata-rata bercerita begitu.
Bila klik je blog ni, mesti dok bercerita pasal Adsense, pasal program-program berbentuk affiliate. Ya, memang boleh buat duit dengan Adsense ... dengan Affiliate ni... sapa kata tak boleh, walaupun hasilnya setakat singgit dua .. tapi duit jugak tu. Free2 je leh dapat .. asalkan ada klik pada iklan. Lagi banyak klik, lagi masyukkk ...

Macam sekarang, dah ada Nuffnang, dah ada Advertlets, ada ManggaAds, ada Innity ... dan sekarang ada HeartBeat. Tu semua leh jana pendapatan buat blog. Kerana program-program inilah yang membuatkan ramai blogger berkejar-kejar mendapatkan trafik .. sebab trafik ini memberi daya penarik untuk pengiklanan. Lagi tinggi trafik .. lagi membuak2la…

Cara Tidur Dedah Tingkahlaku

Salam.
Tengok la si Zikri ni tidur .. macam ni pun jadik... suruh baring tak nak ... last2 berakhir begini ...  nih memang style dia .. lom tengok dalam kereta lagi ... kalau dalam kereta .. leh tidur berdiri tu .. siyes ... kalau ditegur .. mulalah naik hangin ...langsung tak tidur ....





Tapi lama-lama ... yang tegak layu juga .. hahahahaa...

Bercakap soal tidur ... ini ada satu artikel yang ingin saya kongsi. Satu hasil kajian ... tentang cara tidur. Dari kajian dijalankan, cara tidur dikatakan dapat mendedahkan tingkahlaku seseorang .... ye ke tak?
Pengarah Khidmat Nasihat dan Penilaian Tidur, University of Surrey di selatan England, Profesor Chris Idzikowski telah mengenal pasti enam posisi tidur yang popular. Menurut beliau, kedudukan atau cara tidur ini menceritakan tingkah laku seseorang di bawah sedar. Ini kerana, ketika dalam keadaan jaga, ramai yang berhati-hati dengan bahasa tubuh. 
Antara posisi tersebut ialah:

Isu Pemandu Wanita Lebih Agresif, Apa Kata Prof. Farhan - Pengarah MIROS

Salam. Baru-baru ini telah dibangkitkan satu isu dalam parlimen mengenai kegusaran seorang YB yang mengatakan bahawa wanita juga adalah pemandu yang berbahaya. Dan isu ini sangat hangat sampaikan ada yang meminta YB ini meletak jawatan kerana statement yang dikeluarkan.
Isu ini telah mendapat perhatian Pengarah Miros, Prof. Dr Ahmad Farhan untuk memberikan komen dan ulasan.  Saya tertarik untuk highlight perkara ini kerana Prof. Farhan merupakan mantan boss semasa saya menjadi penyelidik di salah sebuah IPT di utara tanahair.
Beliau juga adalah yang bertanggungjawab mendedahkan saya kepada dunia kejuruteraan lebuhraya dan trafik, selain membuka minda saya mengenai jaringan jalanraya di Malaysia. Beliau bersama dengan Prof. Dr. Wan Hashim adalah mereka yang telah menjadikan saya lebih berfikiran kritis terhadap sesuatu isu, dengan memandangnya dari sudut berlainan dari kebiasaan.
Ok, berbalik kepada isu pemandu wanita lebih agresif, berikut adalah ulasan beliau yang saya ambik bulat-bulat …

Sweetnya Lisa Surihani Disamping Ibunya

As-Salam. Alahai ... sweetnya Lisa Surihani di samping bondanya. Gambar ini dirakamkan semasa sessi fotografi majalah URTV, demikian menurut laman Facebook Lisa Surihani.
Tak nak cakap lebih2, hmm mungkin sebab ibunya yang sentiasa menemani Lisa, pelakon dan selebriti cantik ini tiada kontroversi.
Foto: Facebook Lisa Surihani

Tak Jemukah Berblog?

Salam. Tak jemukah saya berblog? Erkk .. nak jawab ke? Anda sendiri nilaikan, saya seorang suami di rumah, saya suka melayari internet, saya banyak mencari maklumat di internet, dan kadangkala jika mata dah berpinar, saya akan cari majalah dan buku-buku lama, belek2 dan baca. Bila saya terjumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsi, maka saya kongsikan.
Di mana tempat paling mudah untuk bercerita dan berkongsi apa yang saya fikir, apa yang saya simpulkan, apa yang saya temui? Tentu sahaja blog, ianya platform mudah dan murah. Saya tak perlu terbitkan buku, tak perlu terbitkan memoir. Blog tempat saya menulis apa yang saya ingin tulis. Tak boleh tak tulis sebab saya memang suka menulis. Bila saya tidak dengan kamera, maka jemari saya akan ke kekunci keyboard ... tekan2 sampai semua diluahkan.
Kerana saya berasa seronok berblog. Bila seronok, sukar nak merasa jemu. Lagi seronok, bila anda juga baca, lagi seronok bila anda komen dan berikan pendapat anda. Best ..memang best .... anda buat say…

Pentingkah Pagerank Untuk Blog?

As-Salam. Ada yang tanya ... macam mana nak angkat pagerank blog? Hmm susah nak explain ... lagipun saya tidaklah berapa tahu sangat, tapi paling obvious untuk angkat pagerank ini adalah dengan mempunyai banyak laman web/blog yang refer kepada blog anda, bila banyak web atau blog yang berikan backlinks kepada anda .. maka akan tinggilah pagerank anda.
Kenapa pagerank ni penting? Hmm untuk suapan pada enjin carian. Bila banyak link refer ke blog anda, ini bermakna blog anda menjadi rujukan, ia adalah baik untuk enjin carian ini, dan dipercayai lebih banyak kuantiti entri dalam blog yang terkini .. adalah lebih bagus.
Saya difahamkan juga bahawa usia sesuatu blog juga diambil kira .... semakin lama blog itu dalam dunia siber, dan kerap update, maka ia lebih disenangi oleh enjin carian, dan pagerank juga tinggi.
Tu saja yang saya tahu, camner nak check pagerank blog anda? Cuba aplikasi ini. Letakkan alamat blog anda ... semakin tinggi nilai pagerank/10 maka paling baik ... :)

Check Page R…

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Salam. Entri ini adalah berkenaan projek yang sedang dilakukan oleh DenaiHati.Com; bertujuaan untuk kumpul seramai ramai ramai boleh blogger dalam hasrat nak membina NETWORK BLOGGER yang besar. Saya dengan rasa rendah hati ingin bersama dalam projek murni ini, membina jaringan yang bermotif baik dalam menambahkan lagi serta memeriahkan dunia blog tanahair.
5 blog yang sering saya lawati setiap hari: http://beautifulnara.com - blog mengenai dunia hiburan tanahair - suka dengan tag line - bergosip dengan berhemah.http://benashaari.com - blog yang banyak menaikkan blog ini serta blog2 baru.http://redmummy.com - banyak panduan dan tips tentang Nuffnang serta blogging.http://paultan.org - info terbaek buat penggemar kereta dan dunia permotoran.http://www.mazidulakmal.com - blog yang penuh dengan adegan jenayah tanahairDan ... blog2 yang terkandung dalam bloglist .... mana yang punyai entri menarik ... pasti saya akan singgah!

Mengapa Lelaki Ini Merajuk?

Salam. Aduh ... kekadang dapat suami yang pendiam ni susah juga. :) Dapat suami yang perghh kaki merajuk tahap kuda belang weihhh .... meh baca kisah ini... seronok ke tak seronok?
Bini: Kenapa U? Laki : uhhhhh!!luat! !! Bini: Pasai i kuar pergi kedai tak bagi tau u ker? Laki: Tak! Bini: Pasai mak bapak i datang ngan adik2 tinggal sampai 2 minggu ker? Laki: Tak! Bini: Pasai keter U, i bagi pancit ker? Laki: Tak Bini: Err!pasai i amik duit u RM10,000 tak bagi tau u ker? Laki: tak! Bini: Pasai i tak iron baju u ker? Laki: Tak Bini: Pasai i tak pernah masak kat u selama nie ker? Laki: Tak! Bini: Pasai i selalu suruh u beli lauk bungkus ker? Laki: Tak! Bini: Pasai i tak nak anak ker? Laki: Tak! Bini: Pasai u kena basuh baju kita ker? Laki: Tak! Bini: Abis tue awat nie Laki: Err! Naper u dah bulih semayang tak cakap i pun!... Bini: ? 
Adehh ... sapa2 dah kawin faham ler .. tak kawin .. pi ambik kursus kawin yer ... :) banyak benda leh belajar yang tak ada dalam buku. Calon tak ada tak apa .. janji anda belajar amb…

Apa Itu Otai?

As-Salam. Seperti biasa ... saya tergerak menulis entri ini setelah saya menjenguk rakan blogger - Ben Ashaari. Ada satu entri tu yang menarik minat saya nak komen - Blogger Otai Tak Semestinya Otai. Aha .. pastu ... ada lak yang komen tanya pasal cam mana leh ujud otai ni. Dan siapa otai yang sebenarnya?
Ok, ini pendapat saya. Apa yang saya tahu .. OTAI datang dari perkataan Old Timer ... tu dalam bahasa inggeris .. tapi bila dimelayukan .. kita akan sebut Old Taimer .. jadikan O dari Old dan Tai dari Taimer. Tak ada kajian pun dibuat .. tapi ujudnya perkataan ni sama je naik dengan perkataan Bohjan dan Bohsia yang dulunya hangat diperkatakan. Erkk ... mungkin sebelum tu lagi.
Ianya adalah bahasa pasar yang digunakan remaja zaman 80an. Dan paling banyak digunakan dalam kumpulan atau geng2 sekolah ... macam saya dulu ...  ada geng2 tertentu tapi tak adalah sampai gaduh2 ... ia lebih kepada nak bezakan .. minat, cara pemakaian ... tu yang buat geng tu. So ujudlah geng seluar sendat - y…

Fakta Menarik | 15 Perkara Menarik Mengenai Kucing

As-Salam. Pernah bela kucing tak? Saya pernah ... dulu-dulu, masa zaman sekolah rendah. Saya bela kucing pun secara kebetulan. Nama kucing tu - RABU sebab dia datang umah saya hari rabu. Rabu sejenis kucing siam, cantik bulunya ... kucing betina ... :) mestilah cantikkk .. hehehee...
Rabu ni memang kucing rumah, tak suka jalan2 merata. Dia akan kuar umah bila nak membuang. Memang dengar cakap ... kalau saya kata A .. A lah yang akan dibuatnya. Jarang la berak2 merata ni .. kalau dia tak dapat kuar, dia akan berak kat jamban. Siyes .. tak ajar pun tapi memang dia gitu.
Dari Rabu, saya dapat beberapa kucing lain - kira keturunan dialah. Spesies cantik gak, bulu cantik ... jari kaki lak lebih ...ada 12, lebih 1 setiap kaki. So senang la nak cam kalau jumpa mana-mana. Rabu mati akhirnya kat kampung saya .... lepas melahirkan beberapa keturunan. Rabu mati tua ... saya jumpa bawah rumpun pandan .... lepas Rabu mati .. saya tak bela kucing dah.
Beberapa perkara menarik mengenai kucing:
15 Perkar…

16 Sebab Seronok Tinggal di Parit Buntar

Seronok ke tinggal di Parit Buntar ni? Hoho .. mestilah seronok. Kenapa saya seronok duduk di Parit Buntar? Hmm ... kat sini saya berada di sempadan 3 buah negeri; Pulau Pinang, Perak dan Kedah. dan Parit Buntar adalah pusat tempat kami selalu lepak, selalu shopping ... selalu jenjalan.

Actually, kalau ikut alamat rumah, saya dikira tinggal di kawasan Nibong Tebal. Sempadan je, jalan kaki je boleh pergi dari Penang ke Perak. Tak sampai seminit, saya boleh tiba ke daerah Kerian dengan kenderaan.

Kawasan Nibong Tebal ada yang kata kawasan banyak gengster. Itu memang tidak dinafikan sebab kes jenayah banyak juga yang masuk akhbar...hoho .. tapi saya boleh katakan, walaupun ada 'kekurangannya' tinggal di sini memang best. Meh tengok sebab-sebab mengapa seronok tinggal di Parit Buntar ni, bandar daerah Kerian yang memang banyak pembangunan.
16 Sebab Seronok Tinggal di Parit Buntar Antara beberapa sebab kenapa saya suka duk sini: Bila sempadan 3 negeri, saya boleh melakukan urusan h…

Lensahasrul

Salam. Bangku Kosong bukan satu-satunya blog saya ... saya ada beberapa blog lain. :) Tapi saya kasik perhatian lebih kat sini .... sebabnya .. hmm sebabnya trafik sini berganda2 dengan blog-blog lain tu.
Kalau korang perasan, blog yang selalu saya promot dalam Bangku Kosong adalah Lensahasrul. Hmm dah jenguk2 ke blog saya yang itu tuu? Hmm segalanya gambar. Kat blog tu, saya tak banyak cakap .. tak banyak ngomel, saya biarkan gambar bercerita sendiri. Agak2 nak tengok gambar-gambar yang saya tangkap .. bolehlah layan kat sana.
Hmm sebagai teaser ... saya berikan beberapa foto dari blog tu. :) Saya bukan pro photog ehh .. saya suka2 ...sekadar hobi .. so faham2 je la kalau gambar tak cantik mana.


TNB Memang Cekap

Salam. Elok je saya habis buat satu entri .... dalam jam 9.30 malam tadi (28 Mac), tetiba gelap ... gelap semua. Uhh laa .. blackout la pulak .. satu taman saya gelap gelita. Saya pun capai emergency light yang memang ada kat umah. Sib baik saya dah siap charge. Terang skit. Anak-anak wife saya dah angkut naik .... masuk bilik tidur. Saya cari lilin, buat ganti .. takut nanti emergency light saya habis bateri.
Saya telefon kawan-kawan di taman-taman berhampiran .... hmm .... cuba dapatkan kepastian seluas mana blackout ni ... sib baik bukan 1Malaysia. So, dah dapat kepastian kawasan mana yang dok bergelap, saya pun telefon aduan TNB 15454.
TNB 15454, engaged .... kali kedua ... dapat dan diberitahu giliran saya no 11, saya letak telefon. Saya try SMS no tu ... hmm cam tak sampai je aduan SMS saya tu, jadi saya call balik .... kali ni ambik layanan dalam bahasa inggeris ... uhh dapat.
"Saya nak buat aduan bekalan terputus kat taman saya" kata saya. "Alamat encik adalah .... .…

Di Sebalik Warna Surat Cinta

Salam semua. Dedulu, zaman bercinta pernah tak korang buat surat spesel? Ala .. surat yang ada kaler-kaler, bunga2, kertas pun wangi semerbak! ... Saya? Pernah je .. hehehe .. ohh tidakkk .. adakah saya mat bunga? Jeng..jeng jeng... hehehe ...  weihhh saya Cromok la ... mana layan lagu Lestari beb .. heheehe ...
Tu kisah zaman remaja, zaman penuh keseronokkan. Biasalah ... kalau diingatkan balik, naik segan la plak. Hmm ini ada satu kisah nak saya kongsikan kepada anda. Best ni .... kisah surat cinta kaler2 ... uhh setiap kaler surat cinta ada ertinya ehhh ... jangan tak tahu. Nak tahu? Meh baca ...
Di Sebalik Warna-warna Surat Cinta
Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"

Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"

Ena : "Itu melambangkan Suasana Pilu"

Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"

Ena : "Asmara Yang Membara"


Berikan Susu Ibu Buat Anak - Ia Adalah Satu Keistimewaan Dari Tuhan

Salam semua. Ada ramai yang teringin mendapatkan anak, terutama pasangan yang baru bernikah. Anak merupakan anugerah paling besar yang dikurniakan Tuhan. Ia juga merupakan satu tanggungjawab yang penting untuk para ibu bapa, dalam memberikan yang terbaik buat anak mereka.
Dalam menantikan kehadiran 'orang baru' dalam keluarga, pastinya persediaan diperlukan untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik. Para ibu bapa pasti menginginkan anak yaang bakal dilahirkan sihat dan cergas. 
Ada pasangan yang baru berkahwin - terdiri dari bekas-bekas pelajar, bertanyakan kepada saya, masa bilakah paling sesuai nak dapatkan anak? Jawab saya - tiada masa yang sesuai. Kerana jika diberikan satu waktu atau keadaan tertentu, sampai bila pun takkan terjadi. Sentiasa rasa bersedia untuk itu, tak perlu cari waktu. 
Isteri anda (buat suami) dah mengandung? Atau anda (buat isteri) sendiri dah pregnant? Jika ya ..syabas. 
Saya sebagai seorang ayah yang menyokong Kempen Penyusuan Susu Ibu, ingin saya m…

Ringankan Lidah Dengan Ucapan Terima Kasih

Salam. Biasakan diri dengan mengucapkan terima kasih! Bukan apa, apabila kita menerima sesuatu, tak kiralah bantuan ke, sokongan ke, hadiah ke .... kalau tak ucap terima kasih ni ..macam tak menghargai pulak. Bila orang dah memberi .. kita mestilah hargai. Ye tak? Sering kita lupa ... atau buat-buat lupa. Tapi kalau terlupa ... anda handphone boleh dail. Weihh mesin menjawab pun pandai ucap terima kasih .. takkan kita yang ada akal ni tak boleh???
Ucap terima kasih tanda kita bersyukur, tanda kita menghargai, tanda kita hormat, dan tanda kita menginsafi diri akan kekurangan diri kita. Seperti entri sebelumnya, yang bicarakan tentang mengungkapkan perkataan TOLONG, sama besar impaknya juga dengan perkataan TERIMA KASIH.
Bila anda minta tolong, orang berikan pertolongan, selayaknya ucapan terima kasih mesti dan patut diberi - kalau lebih dari itu, adalah lebih baik. Terima kasih ini ibarat doa juga, sebab anda memanjatkan syukur dan mengiyakan bahawa insan inilah yang membantu anda. Ia jug…

Berat Sangatkah Untuk Mengucapkan Perkataan TOLONG?

Salam semua. Entri dimulai dengan satu petikan sembang2 antara rakan, dan situasi ini telah berlaku di salah sebuah U di luar negara. 
"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.
Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.
"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.
Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.
"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.
"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.
"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak…

Susu Ibu Terbaik Buat Anak Anda

Salam. Sebagai seorang ayah, dan juga seorang suami, saya amat menggalakkan penyusuan susu ibu. Saya pernah terbabit dengan kempen ini, dan dalam masa saya terbabit tu, serba sedikit saya tahulah alkisah tentang kebaikan susu ibu yang memang banyak. 
Mengapa susu ibu? Susu ibu pengerat kasih sayang sejati si anak dan ibu. Selain memberikan imunisasi awal terbaek buat bayi yang baru lahir. Di negara kita, kempen penyusuan ibu memang diadakan setiap tahun, dan mungkin ramai tak tahu, hospital-hospital di negara kita ada digredkan berdasarkan kriteria ini;  Hospital Mesra Bayi, Hospital Mesra Bapa, di hospital-hospital ini, layanan agak berlainan sedikit.
Dan dalam perkembangan positif penyusuan susu ibu ini, kempen ini bukan sahaja setakat itu, malah diwar-warkan agar pihak swasta lebih mesra kepada ibu yang menyusukan anak. Tempat-tempat penyusuan disediakan bagi memberikan keselesaan kepada para ibu untuk menyusukan bayi-bayi mereka.
Bagi saya dan isteri, anak-anak kami disusukan den…

Inilah Hakikat Hidup di Negara yang Lebih 50 Tahun Merdeka

Inilah Hakikat Hidup di Negara yang Lebih 50 Tahun Merdeka. Terasa kadangkala kita semua terhimpit dalam negara sendiri. Yang paling terasa adalah mereka yang bukan bergaji tetap. Nak beli itu dan ini terpaksa berfikir banyak kali. Malaysia dah lebih 50 tahun merdeka, tapi kita terhimpit dengan tekanan luar. Bila minyak dunia naik, nak tak nak ... para peniaga terpaksa naikkan harga. Kalau tak dinaikkan, mereka juga yang akan tertekan, mereka pun macam kita juga, mengharapkan untung sesen dua dari jualan barangan mereka.
Inilah Hakikat Hidup di Negara yang Lebih 50 Tahun Merdeka Buat mereka yang bercucuk tanam, bertani dan nelayan .... dalam satu hal, soal makan mungkin tak jadi masalah, ada beras sendiri, ada lauk sendiri tapi keperluan lain? Minyak masak, susu anak, lampin anak, pakaian sekolah semua bagai .... uhh bukan sedikit belanja tu, dibandingkan dengan rega tolak hasil tanaman dan tangkapan ikan di laut.

Orang makan gaji bolehlah survive ... uhhh ye ke? Tak juga, sebab keban…

Berbelanja ... Harga Barang Tak Sama Macam Dulu

Salam. Dah gaji. Dah cukup bulan. Barang dapur dah habis. Apa lagi? Time untuk memenuhkan ruang dapur semula, dah banyak nampak lopong. Pagi tadi, gi Econsave ... memang tempat kami selalu berbelanja. Kalau tak, pergi Tesco .... takpun pasaraya Billion. Kenapa pilih? Sebab barang yang dijual agak murah dan tempat parking kira oklah, tak susah sangat nak mencari.
Tapi hari ni agak lenganglah walaupun orang ramai dah bergaji. Pergi mana yer? Mungkin ada sale mana2 yang kami tak tahu. Tapi oklah, tak perlu nak sesak2. Shopping dalam keadaan sesak2 ni kadangkala shopping tanpa pikir2, nampak, tengok, belek dan masuk dalam trolli. Kalau lega2 ni, leh la belek2 lama skit, tengok rega, bandingkan ... sebab tak ada orang nak tolak2 troli mintak lalu. :)
Barang sekarang ni, nampak je skit tapi .. perghh harganya .... hmmm macam berbelanja orang masuk rumah baru. Harga barang memang tak dapat nak elak ..... kalau naik ...naiklah .... tak beli? Tak boleh sebab ianya barang keperluan ..... keperluan…

Skil 69 dari Cikgu Zubir - Patut Belajar Ni!

As-Salam. Skill 69 ... saya fikir tak ramai yang tahu skill nih! Ada sesapa tahu tak? Kalau tahu, tak perlulah baca tulisan Cikgu Zubir ni. Uhh bukan senang nak dapat ilmu 69 ni ... kena banyak sabar, percayalah. Kalau tak .. hmmm .... tak tercapai maklamat tu.
Saya dah tengok skill 69 yang disampaikan... yang enam tu ... InsyAllah, boleh buat tapi nak kena iltizam tinggi, cekal hati, jangan mengalah sebelum berakhir ... last2 minit di saat hembusan terakhir pun, mesti kena cuba buat.
Tapi .. yang sembilan tu.... baiklah jangan. Bukan apa ... yang enam elok...dan yang sembilan tu .. saya fikir janganlah korang buat. Bukan apa .. tak mendatangkan faedahnya ... maaf ye Cikgu Zubir. Saya bukan nak memandai-mandai.
Tapi korang takkan tahu .. selagi korang tak baca ... korang takkan tahu selagi korang tak teliti. Meh baca skill yang Cikgu Zubir maksudkan ini. Tapi sebelum tu, lapangkan minda, lapangkan hati .. tarik nafas panjang-panjang ... dan KLIK SINI.

Orang Memberi .. Kita Semua Merasa ....

As-Salam. Saya seronok dapat membantu. Apa yang dapat saya bantu dan tolong, saya tolonglah ... kalau tak dapat tu, saya akan kata tak dapatlah ... saya pun ada batas yang tak dapat saya langkau. Saya bukan bijak sangat, ilmu saya ciput je. Mana yang leh saya bagi, saya bagi .. sebab sebelum saya dapat pun .. orang lain gak yang bagi.
Terima kasih buat mereka yang menghargai. Kalau diucapkan seribu kali terima kasih pun, saya tak fikir memadai. Andai apa yang saya berikan dan kongsikan itu beri manfaat pada anda, cubalah juga berkongsi dengan orang lain. Kongsi - takkanlah nak marah ...bukannya mencurik! :)
Saya waktu kecil cukup takut .... kerana selalu dimomokkan .. kalau mencuri .. nanti kudung tangan. Sampai tak mampu nak lelap mata .. .. dah buat benda salah, tidur2 ..... bangun2 tengok tangan dah tak ada ...uhh memang ngeri. 
Untuk elak orang curi apa yang kita ada, cubalah beri peluang untuk orang mengambilnya secara sah atau dengan kata lain .. membenarkannya. Kan baik tu .. …

Bangku Kosong Kena 'Serang' Dalam Ruang Komen

Salam. Balik dari Jom Heboh Penang 2011.... buka blog ... buka email. Makkkkkk ...terkejut! Blog Bangku Kosong telah diserang oleh seorang blogger. Wah wah wah ... sejak dah kempis ni ..terus-terusan serang blog saya ni ... terkedek2 saya baca semua komen2 dalam entri2 blog ni.
Memang kaw-kaw dia komen .... jenuh ... hampir semua entri dia hentam komen. Tak caya? Nih saya tunjukkan sebahagian je .. yang lain saya dah transfer ke direktori komen Bangku Kosong. Uhh .... memang tak lekang mengomen,
Tu nampak tu ... semua naik nama blogger ni je. Adehhh .... terima kasih ehhh .... dalam dok berpantang tu .... huhuhu....
Nih kalau jumpa ni ... saya pasti dia akan senyappppp je .. hehehe .. dalam blog hamboiiii bukan main lagi yer. 
Sapakah dia? KLIK SINI!
#update: Sambil saya buat entri ni .. ada lagi komen dari blogger ni masuk dalam kotak inbox saya ... adehhh .... memang betul bertubi-tubi nih ...
#update: Blogger ni tak jadi bersalin lagi ... katanya False Alarm ... uhhh .... lagi 2 minggu ka…

Bila Suami Isteri Tak Bertegur Sapa

Salam semua. Hari ini ada pasar malam kat sini. Tak pergi .. malas ... lagipun hari ini mesti sendat je dalam pasar malam tu ... sebab kakitangan kerajaan dah gaji dah. Bila orang ada duit, pasar malamlah jadi tempat favourite .... untuk makan sesuatu yang lain dari kebiasaan. Kat pasar malam leh beli sate, beli yong tou fu ... beli char kueow teow RM1, leh beli buah2 murah .. durian selonggok RM10! 
Uhhh tersasar la pulak .. saya nak cerita satu kisah ni. Kisah untuk sendal gusi, rileks2 gitu. Dah sarat dok mikir ... dah sarat dok buat entri berat, nak ringan2 la plak ...
Buat pasangan suami isteri, cerita ini tentu sesuai .... mana tahu ... mula2 isteri baca .. dia tersenyum simpul2 .. lepas tu suami lak baca .. suami pun tersenyum simpul2 ... dan mana tahu .. nanti .... ehhh sama2 senyum .. dari masam ....saling tak tegur .. bertegur semula ... dan bestnya mereka akan bercerita kisah ini .... :)
Bila Suami Isteri Tidak Bertegur Sapa


Jemaah Tabligh - Pengalaman Saya

Salam semua. Ada tak kawan-kawan korang yang terbabit dengan Jemaah Tabligh? Ada? Kalau ada beritahulah saya. :) Mungkin ramai tak tahu, saya ... pernah dan ramai kawan saya adalah dari kalangan orang-orang yang menyertai Jemaah Tabligh. Ohh bukan Jemaah Islamiyah tu yer...  ini jemaah yang secara praktisnya merupakan pendakwah yang tidak ditauliahkan tetapi 'bekerja' untuk menyampaikan apa yang mereka tahu, dan apa yang mereka belajar mengenai Islam. Mereka berpegang kuat dengan sifat Tabligh, Fatonah, Shiddiq dan Amanah.
Cam mana saya tahu? Hehehe.. saya satu ketika dulu, pernah bersama rakan-rakan dalam Jemaah Tabligh ni. Saya pernah bercampur dengan mereka, saya pernah mengikuti mereka, saya pernah ke Markaz mereka di Seri Petaling. Saya mengakui, ada perkara yang baik dan ada benda yang kurang disenangi.
Bila diingatkan kembali, sebelum saya menyertai dan berjinak dengan Jemaah ini, apabila ternampak saya kelibat mereka .. saya akan lari ... lari sebab tak mahu kena 'ce…

Jin Islam dan Jin Kafir serta Sejarah Masjid Al-Jin

As-Salam. Ini adalah entri kopi dan pasta. Saya tak berani nak olah sebab saya tiada kepandaian untuk olah mahupun ulas mengenainya. Saya tak ada ilmu dalam bidang ini. Tapi saya ingin berkongsi juga, mungkin anda dah baca, tapi saya pasti ada yang belum baca.
Ada yang tak berapa suka saya buat kopi pasta macam ni, tapi tak tergamak pula saya untuk tidak menyiarkannya .. ia buat pedoman, ia satu ilmu yang saya fikir ramai yang tak berapa tahu. Saya pun baru tahu ... selepas 35 tahun hidup. Orang tak suka tak apa .. saya tak marah .. nak marah cara saya .. silakan hambur dalam ruangan komen. :)
Jom baca artikel ini. Ditulis oleh Ibrahim Abdullah, dan diterbitkan dalam Berita Harian baru-baru ini. Tiada sebarang pindaan dilakukan. Ia adalah tulisan penuh saudara Ibrahim Abdullah, anda ada silap dan salah, saya bagi pihaknya memohon maaf.
FIRMAN Allah SWT bermaksud: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah az-Zariyaat, ayat 56)
Begitu penegasan Alla…

5 Tips Untuk Berkenalan Dengan Rapat

Tips untuk berkenalan dengan rapat. Time zaman muda-muda dulu, waahh memang zaman gelenya (kata orang kelantan). Pantang ada awek cun cantik, mesti ambil peluang nak berkenalan. Tapi ... hehehe... saya bukanlah seberani dan sedaring lelaki kacak lain (kacak konon), saya nih pemalu dohhh .. siyes. Saya mula bercinta pun dah dekat2 nak tamat belajar. Bukan apa .. time tulah saham jejaka tahun akhir kat IPT meningkat mendadak ... dan dengan saham tinggi, agak mudah ler nak approach junior2 ni .. hehehehe....


Ok. Itu kisah dulu.


Dalam entri ini saya nak kongsikan sedikit bagaimana nak berkenalan dengan rapat dengan seseorang. Berkenalan dengan rapat tak semestinya anda mencari jodoh atau nak kawin, mungkin juga sebagai seorang sahabat baik. Tak salah berkawan cuma tahu adab nak berkawan .. :)


Dah oh ... tips ni bukan takat buat lelaki nak kenal perempuan, bukan takat perempuan nak kenal lelaki ... malah buat lelaki dan kenal lelaki (erkk bukan gay okehhhh!) dan boleh juga pompuan nak ken…

Pilihan di Tangan Anda

Salam semua. Baru balik dari pasar. Saya beli makanan untuk sarapan pagi ni, dan pagi ni hujan renyai-renyai. Kat pasar tak ramai orang, harga ikan macam biasa, harga ayam lak ...erkkk ... dekat RM9 sekilogram. Mahal!. Kenapa ehh?
Mak saya cakap orang tak berapa nak beli ikan. Bila ditanya mengapa, mak saya cakap sebab ikan tsunami. Adehhh gitu la pulak. Senario sama berlaku dulu ...semasa tsunami melanda negara. Harga ikan bercampur-campur, setengah tempat jauh murah sebab orang takut nak makan ikan. Sebab mereka anggap ikan makan mayat manusia. Setengah tempat lak, mahal bagai nak rak sebab nelayan tak dapat nak turun ke laut, samada bot dah musnah atau kerana takut nak menangkap ikan.
Bagi saya, layan je. Makan je. Tak fikir sangat hal tu. Laut ni luas. Tak tahu apa ikan tu makan. Namun, saya yakin ... tiada masalah untuk makan ikan, melainkan ikan tu ikan dalam kolam di mana airnya tidak mengalir. Ikan kolam yang kat sungai, saya leh layan lagi.
Ok... apa saya beli untuk bekfast? Saya…

Dunia Mengamuk Sebab Kita Zalim Pada Alam Sekitar

As-Salam. Sapa kata blogger tak prihatin mengenai isu alam sekitar? Sapa kata blogger tak pedulik? Sapa kata blogger tak ada idea hebat dalam pemuliharaan alam sekitar? Sapa? Sapa? Blogger juga mendiami bumi, blogger juga tahu apa itu makna pemuliharaan dan pemeliharaan.
Bercakap saja .... mungkin bukan penyelesaian jitu, mari kita lihat apa yang blogger ini telah dan akan lakukan untuk pastikan bumi kita tetap hijau, tetap indah, tetap bersih dan terpelihara dari pencemaran yang disebabkan oleh kita sendiri. 
Antara blogger yang prihatin:

nak patah2 kan dahan-dahan kecik pokok tepi jalan..*seriusss nie..oke..gurau jer.. bnda yg aku da buat demi mnnjukkn sygnyer aku kat alam skitar nie of cozzz xbuang sampah merata2..xmrokok..*btol la..aku kn gurl..xmmbkaar smpah sarap sesuke hati wpn kdg2 pernaah..haha

menyokong kempen2x tntang cintakan alm sekitar. Bukti lebih jelas, my first GA, pasal alam sekitar kan?? hehe.. jom la reramai join GA ku yang pertama ni..kof2x.. sampai hujung bln April gak…

10 Bahaya Buat Si Kecil di dalam Rumah

Salam semua ibu bapa. Anda ada anak kecil? Dan anak kecil anda tu agak energetik, suka mengembara dalam dunia sendiri walaupun di dalam rumah? Hmm awas, anak-anak kecil ini sentiasa berada di dalam bahaya. Walaupun kadangkala kita fikir mereka dah tahu sikit-sikit tapi bahaya tu tetap ada.
Anak-anak tak boleh kita biarkan terlepas dari pandangan. Sekiranya kita ada kerja sekalipun, pastikan kita tahu di mana anak kita berada di dalam rumah. Anak-anak ini suka explore dan mencuba benda baru. Dek kerana perasaan ingin tahu dan ingin belajar ini, mereka mungkin terdedah kepada bahaya yang kita sendiri tak berapa sedar.
Saya berikan beberapa contoh bahaya yang mungkin buat anak-anak kecil terutama yang baru mula belajar berjalan atau gila stereng .... dalam lingkungan umur 1-2 tahun ini.
10 Bahaya Buat Si Kecil Di Dalam Rumah

Bangku Kosong Versi Mobile

Salam semua bloggers. Semakin hari semakin ramai orang yang dah guna handphone untuk melayari internet termasuklah melayari blog. Saya juga kadangkala online di blog saya menggunakan handphone. Saya tak pakai smartphone....belum mampu lagi. Tapi jika anda guna smartphone, atau handphone dengan beberapa ciri browser khas buat handphone, anda kini dah boleh layari blog ini dengan ciri yang paling sesuai untuk handphone anda.

KLIK SINI untuk ke Bangku Kosong mobile version
Alhamdulillah, kini anda boleh lepak2 di Bangku Kosong dengan versi mobile. Ia nampak simple namun menarik. Tak ada widget2 pelik, cuma paparan entri yang disertaikan dengan sedikit isi entri tu.
Terima kasih kepada blogspot kerana memungkinkan Bangku Kosong tersedia dilayari di handphone. Atau dengan kata lain, Bangku Kosong versi Mobile!

#update:
Untuk membolehkan blog anda dilayari secara mobile dalam versi mobile, sila ke http://draft.blogger.com pergi ke bahagian settings - email & mobile - dan klik enable mobile v…

Bunga Cantik, Madu Manis

Salam semua bloggers. Hari tu saya sempat gak la jalan-jalan dengan isteri dan anak-anak sekitar taman perumahan kami. Nak membasahkan ketiak .. hehehe.... dan saya seperti biasa, dengan kamera mulalah ambik gambar.
Tak sangka, kat taman perumahan saya pun banyak bunga cantik2. Tak perlu nak panjat Cameron Highlands. Selalunya kalau ke Cameron, gambar bungalah yang paling banyak saya ambik .... sebab cantik.


Saya sukakan benda-benda cantik. Erkk sapa yang tak suka? Semua orang suka. Dan paling syoknya ambik gambar bunga ni, tak perlu susah2 nak cari angle sebab mana-mana angle pun akan tetap cantik. Dengan warna mempesona ..... dan jika disentuh, terasa pula kelembutan kelompaknya.

Saya Tak Reti Bertwitter

Salam semua. Berapa ramai blogger yang menggunakan twitter? Hmm saya fikir masih kurang kot. Saya sendiri pun baru nak berjinak-jinak dengan laman sosial Twitter ni. Tak reti sebenarnya nak guna. Saya tengok orang lain cam senang je update Twitter derang. Saya lak .. uhh cam susah je .. kena buka laman web tu, pastu tulis.
Saya masih samar-samar lagi bila masuk dalam laman sosial ni. Ibarat cam burung masuk dalam umah orang, still tercari-cari. Tekan butang ni .. apa jadi. Tekan butang tu .. apa jadi. Apa dia retweet, apa dia following, follower .. dan macam-macam lagilah.
Saya tengok yang ramai dan suka guna twitter ni adalah golongan artis. Memang meriah mereka bertwitter. Pastu ada ramai lak followers ..ribu2 gitu. Uhh jenuh nak balas ramai2 tu ehh ....
Saya, laman twitter saya sgt baru. Orang yang tahu pun skit je .... tak lebih 30 orang. Saya pun tekan gak follow orang tapi tak reti nak guna .. hahaha....
Hmmm nak tahu twitter saya? http://www.twitter.com/hasrulhassan
Fikir-fikir apa a…