As-Salam. Wow ... hebat. Tertanya juga bagaimana sesebuah blog itu ada pengikut (followers) yang ramai. Bukan ratus-ratus punya hal .. ini sampai ribu-ribu, kagum saya sekejap. Jiran sebelah umah saya pun kagum. Mana taknya ... kalau dibuat undi dalam pilihanraya, sah2 leh menang dengan majoriti besar!

Tapi apa yang bestnya bila ada pengikut yang ramai? Apa efek pada blog? Apa kesan pada blogger pula? Tertanya juga. Nak dikaji, saya tak dapat nak berbahagi masa. Mungkin ada blog yang dah buat ulasan atau entri tentang ini. Uhh ..tak terjumpa la pulak. Ada sesapa tahu? Leh bagitahu saya yang serba tak tahu ni.

Pemikiran singkat saya mungkin listkan benda-benda berikut. Mungkin ada kebenaran, mungkin juga tipu muslihat semata untuk saya tarik anda baca entri ini, apa pun .. ini pendapat saya.

Kesan pada blog:
  • Bila followers ramai, secara kasar tunjukkan bahawa blog itu diikuti oleh ramai orang. Jikapun tak semua yang akan singgah hari2 tapi jika dah ribu2 .. setidaknya blog tu pasti dalam sehari akan dapat ribu gak pageview sehari, paling busuk pun ratus. Pageview tinggi - ranking SEO pun tinggi.
  • Blog yang ada pageview tinggi akan menarik minat para pengiklan, baik pengiklan bebas mahupun pengiklan dari sumber pengiklanan. Ini sudah bagus untuk penjanaan pendapatan pasif dari blog!
  • Blog akan menjadi sasaran serangan spam dan mereka yang busuk hati.
  • Blog akan sentiasa dihormati kerana menerima pengunjung yang tak henti2.
  • Entri dalam blog kena sentiasa update dan terkni. Tak boleh lepa dan leka. Kalau tersilap fakta dan kata, akan jadi mangsa mereka yang dengki.

Kesan pada blogger:
  • Semakin dikenali baik di dalam alam siber mahupun diluar.
  • Pihak-pihak yang cari publisiti akan cari blogger ini samada untuk interview atau dijadikan sumber rencana dalam penerbitan mereka.
  • Kena kerja keras agar blog sentiasa update supaya kepercayaan followers tidak berkurangan.
  • Perlu waspada dengan setiap kata-kata yang ditulis dalam blog, kerana bila dah popular ni, orang akan lebih terjerumus melihat luaran dari membelek isi dalaman.
  • Blogger leh jadi model :).
  • Ada orang nak pikat dan pinang baik jadi isteri atau suami.

Ini kata saya .. kata anda .. pendapat anda mungkin berbeza .... :). Jika ada bertanya kepada saya ... 
"Seronok tak dah ada followers ribu2 nih?"

Saya akan jawab:

"Seronok la sebab sah2 apa yang saya tulis dan sampaikan .. ada mata yang melihat dan membaca ... sharing is caring!"

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. penting gak eks follower nih.... bila la nak berjuta follower nih....

    BalasPadam
  2. setuju...deqdeq pun suka bila nmpk follower bertambah...ye la bila ada yg sudi klik butang follow tu maknanya mereka suka kan blog atau tulisan kita...jd mcm satu penghargaan juga la...heheh

    BalasPadam
  3. @DeQdEq Betul. Satu penghargaan dalam bentuk yang unik.

    BalasPadam
  4. huhu..kite punye xde sampai ribu2..jaoh ag..

    BalasPadam
  5. haha..tau xperk..saye pnye baru belas-belas jerk..nampak sngt x aktif..huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement