Langkau ke kandungan utama

Kebenaran Tak Semestinya Logik

Sebenarnya entri Sebenarnya Tak Semestinya Logik ini adalah entri lama yang telah diterbitkan pada tahun 2011. Sengaja saya terbitkan kembali untuk saling lihat dan faham, dan mungkin ambil pedoman yang baik dari perkongsian yang tidak seberapa ini.

Entri Asal Kebenaran Tak Semestinya Logik

Letih. Itu ungkapan pertama dari diri saya hari ini. Hari minggu memang selalunya buat masa dengan keluarga. Kalau tak berjalan ke mana, kami hanya lepak di rumah, tengok movie ataupun berkaraoke. Sesama sendiri, sesama anak bini ... macam hang out dengan kawan-kawan di zaman bujang trang tang tang.
Kebenaran Tak Semestinya Logik
Foto Hiasan Semata-Mata
Saya nak kongsikan satu cerita ni, tapi tak tahu camner nak dikaitkan dengan dunia blog. Tapi ianya bagus untuk garapan dan santapan logik akal kita sebagai manusia. Seandainya ada persoalan bermain di fikiran, cubalah cari kelaianan untuk menyelesaikannya sebab setiap persoalan ada beribu jawapan, cuma bezanya ... samada ia benar atau salah, samada ia paling tepat atau tidak, samada ia jawapan yang sesuai atau tidak.

Kisah yang saya nak paparkan ini adalah mengenai persoalan tentang hukum logik yang selalu dan kerap kita gunakan. Dan selalunya kita sering menyandarkan sesuatu yang berpihak kepada kita dengan membawakan hukum logik sedangkan ia adalah hukum yang telah pun termaktub dalam ajaran agama.

Perbualan Dua Rakan Mengenai Logik Dalam Agama

Ini adalah perbualan dengan dua orang kawan - orang kafir (OK) dan orang mukmin (OM):

OK: "Kenapa kamu wudhuk?"
OM: "Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut"
OK: "Aku hairan, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?"
OM: "Ini arahan Tuhanku, aku taat saja"
OK: "Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali"
OM: "Kebenaran itu tidak semestinya logik"
OK: "Apa buktinya?"
OM: "Jom ikut aku"

OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.

OK: "Aduh tangan aku sakit... tolong lepaskan tangan aku!"
OM: "Baiklah... inilah jawapanku pada persoalan kamu tadi - tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit?"

OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan... .

Setiap perkara ada penyelesaiannya.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. tepat sekali! sgt bagus cerita ini untuk dibuat tauladan. :) Alhamdulillah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebuah entri lama yang saya publish semula, sebelum ni memang tak ramai baca pun entri ni ... alhamdulillah, dah ramai baca dan boleh ambil manfaat.

      Padam
  2. menarik jugak.. peringatan sesama kita

    BalasPadam
  3. begitulah antara kisah logik yang paling logik. semoga bermanfaat!!!

    BalasPadam
  4. orang banyak soal belum tentu semua soalannya ada jawapan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…