Rahsia Menang Tender Kerajaan

Fatin Liyana Dalam Metro | Segmen Hati


As-Salam.
Uikss.. haha tadi layan blog2 cun melecun terus terbaca entri ni kat blog Fatin Liyana. Ahaksss .... waaa masuk paper metro tapi dalam version separa 'hidup'. Sungguh kreatif sekali orang yang leh tiru gambar Fatin ni. Klik sini untuk tengok entri berkenaan.

Teringat saya pada zaman sekolah dulu. Ada seorang cikgu ni .. dia memang mengajar lukisan; selain core subjek dia adalah bahasa melayu. Cikgu ni rendah je orangnya ... ada rambut afro tapi jangan memain . ... dia adalah salah seorang guru displin.

Hebat dia dalam lukisan tu pada mulanya tu kami semua tak pasti, tapi pada suatu hari .. kami telah membaca satu cerpen di dalam sebuah akhbar ... dan ternampak signature kat satu gambar atau lukisan potret yang disertakan pada cerpen tu. Sah! ia signature tersohor cikgu Razali ..... :)

Dan sejak itu kami memang akui dia bukan saja pandai mengajar bahasa melayu, tetapi juga pandai melukis. Kami sangat jarang nampak lukisan cikgu Razali sebab dia hanya mengajar kami melukis tapi tak pernah tunjuk pun lukisannya. Awal2 kata cikgu Razali ni teori je lebih .. tapi lepas kuar dalam paper tu ..... memang patut kami tabik kat dia. Bukan sekali dua .. tapi banyak kali lukisannya jadi tampalan dalam sketsa ataupun cerpen .. samada surat khabar mahupun majalah berbahasa melayu.

Teringang satu teka teki yang saya masih lagi gelak dengan sahabat2 saya yang sesekolah - teka teki dari cikgu Razali:

"Anda semua tahu kucing apa yang boleh terbang?" Pertanyaan dengan senyum simpul yang agak meyeramkan kami.
"Tahu ke tak?" Lalu dipanggilnya salah seorang dari member kelas (tak ingat sapa).

Soalan sama ditanya lagi ... tak dapat dijawab dan tak berjawab lalu cikgu Razali pun berkata:

"Tom Cat la ...." Dengan serius menghamburkan jawapan teka teki. Tak ada sapa pun berani gelak ... cuma gelak dalam hati ... bukan apa takut kena tanya soalan teka teki lagi .. akibatnya... sahabat kami yang tak dapat jawab tu ... kena angkut kerusi atas kepala!

Itu kesah lama sayalah.

Untung fikir saya bila gambar Fatin Liyana dijadikan 'cover' untuk cerpen dalam paper. Nampaknya Fatin ada peminat di luar sana yang suka melakar wajahnya yang kiut. Hmmm ehemm tak ada sapa2 ke nak buat potret lukisan buat saya ehhh? hahahaha .... 

Buat Fatin - akhirnya masuk paper jugak blogger cute ni.
ShellPledge



6 Komentar untuk "Fatin Liyana Dalam Metro | Segmen Hati"

yes.. fatin liyana ni mmg cute jer kn.. suker tgk muka dyer.. sore dyer pon besh...

betul ke blog dia popular kerana rupa paras?

@rinie din Mungkin juga. Sapa tak mahu mengenali mereka yang cantik dan pada masa yang sama - bijak.

Ramai sukakan wajah cutenya even dia memakai 'gigi besi'.

dia memang comel ..walawehh

dulu pon ada jugak cikgu sy pandai lukis.Dia lukis muka kawan sy ,fuhh memang jadi lah guna kapur ja pon

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Panduan Tips Blogging Terbaik!

LIKE HASRULHASSAN.COM!

Hubungi Saya
 
Blogger Template By Catatan Info Contoh Soalan Exam PTD 2014 Copyright © 2014 HASRULHASSAN.COM™ All Rights Reserved