Penampilan menarik sentiasa jadi tarikan. Foto: Lensahasrul
As-Salam.
Semua orang nak kelihatan muda dan segar. Baik perempuan mahupun lelaki. Tak mahu nampak selekeh dan selebet. Walaupun usia semakin menongkah, bukan bermakna anda diberi lesen untuk tidak bergaya ... atau tidak peduli akan penampilan diri. Kena jaga penampilan dan tentunya kesihatan supaya diri sentiasa kelihatan muda berseri-seri.

Secara jujurnya, saya mungkin antara ramai yang tak begitu mahir dalam berfesyen. Nak bergaya tu adalah perkara yang agak berat bagi saya, tetapi apa salahnya jika mencuba. Di sini saya nak kemukakan beberapa tips yang mungkin boleh menambat hati anda untuk kelihatan muda sentiasa.

Petua yang bakal saya berikan ini adalah merupakan satu perkongsian pengalaman seseorang bagaimana dia mempraktikkan untuk tampak hebat, muda dan kelihatan cergas serta menarik. Cuma perlukan beberapa perubahan sikap dan tingkah-laku sahaja ...

9 Petua Untuk Kekal Muda dan Sihat

1. Duduk secara betul
Duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan gambaran anda berkeyakinan dan bertenaga. Duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul boleh menyebabkan sakit tulang belakang...ianya juga boleh membawa masalah pada paru-paru, jantung dan buah pinggang.

2. Ambil berat kesihatan gigi
Masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa. Ia mencerminkan tabiat tidak peka pada penjagaan gigi. Masalah gusi bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi tapi ia juga memberi kesan pada imunisasi badan. Jadi beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi. Jumpalah doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Hanya bayar RM1 sahaja di klinik kerajaan. :)

3. Ketawa penawar duka
Ketawa boleh meleraikan dan melegakan kekusutan. Senyum dan tawa boleh membuatkan seseorang awet muda dan nampak berseri. Pakar perubatan dan psikologi berpendapat ketawa adalah penawar duka. Ianya juga bertindak sebagai senaman dalaman (internal exercise) yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan.

4. Kerap berjalan
Bersenam menyihatkan badan. Amalan bersenam seperti berjalan membantu meningkatkan kesihatan jantung, paru-paru dan peredaran darah. Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan. Berjalan 20 minit sehari tiga kali seminggu dapat membantu anda berasa cergas dan sihat dan mencantikkan kulit wajah.

5. Berhenti merokok
Semua tau yang merokok adalah tidak elok untuk kesihatan. Merokok juga mempercepatkan proses penuaan. Namun ianya satu tabiat yang sukar diberhentikan. Walaubagaimana pun jika anda berjaya memberhentikan tabiat tersebut pasti kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri. Rambut..baju...nafas juga tidak lagi berbau asap rokok, pasti tanpa rokok hidup akan lebih sihat dan bertenaga.

6. Elak alkohol, kurangkan teh dan kopi
Jangan sesekali terbabit dengan pengambilan alkohol, dan jangan berlebihan dalam pengambilan kopi dan teh. Apabila pengambilannya berlebihan ianya akan membuatkan kita kerap ke bilik air. Amalan ini membuatkan kulit kering an mempercepatkan kesan garis penuaan, juga menyebabkan kulit bewarna kekuningan. Kalau boleh cuba kurangkan pengambilan kopi hanya 3 cawan sehari.

7. Makanan berkhasiat
Secara purata berat badan wanita berumur lebih 35 tahun ialah 70 kilogram. Dan mustahil untuk mencapai berat badan yang sempurna tanpa diet mendadak dan bersenam atau mengamalkan pemakanan seimbang. Kurangkan makanan berlemak tetapi jgn tidak mengambilnya langsung kerana tubuh kita memerlukan kandungan lemak yang bertindak untuk meningkatkan penghasilan estrogen, iaitu bahan yang diperlukan untuk membuatkan wanita tampak muda. Diet yang mendadak pada pertengahan usia boleh memudaratkan jasmani dan mental wanita.

8. Makanan tambahan
Ramai yang tidak mampu mengamalkan pemakanan seimbang. Biarpun semua zat makan boleh diperolehi dari makanan yang diambil, kadangkala ianya tidak mencukupi. Vitamin dan mineral juga penting sebagai makanan tambahan. Untuk memudahkan pengambilannya, dapatkan yang berbentuk pil yang mengandungi 10-12 jenis mineral dan 11-12 jenis vitamin. Ehemm ... makanan tambahan bukan bermaksud kena makan secara berlebih-lebihan.

9. Tidur yang mencukupi
Seelok-eloknya seseorang itu memerlukan tidur lapan jam sehari. Masa inilah minda dan tubuh kita direhatkan, sel kulit diperbaiki dan minda bersedia untuk kegiatan keesokan harinya. Untuk menjamin tidur yang lena, jangan makan hingga larut malam, dan pastikan tingkap terbuka untuk udara bersih yang bebas keluar masuk ... semburkanlah pewangi supaya tidur anda nyaman dan selesa....

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Rasanya boleh buat semua tu melainkan yang no 5. Perghh... dah berapa kali cuba dah.. asyik babas jer..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement