Wanita sering diduakan. Foto: Lensahasrul
Salam.
Bila pasangan anda sering berjauhana dengan diri anda, dah kurang luangkan masa dengan anda, tentu anda rasa cam tak best je kan? Pastu tetiba je dia moody semacam ... mungkin ada yang tak kena. Jadi apakah ia telah ...  erkkk ... menduakankan anda? Dah ada orang lain ke?

Tak siapa leh tahu kecuali pasangan anda bagitahu secara jujur dan ikhlas .. tapi adakah pasangan anda itu seberani itu untuk beritahu anda bahawa dia dah ada yang lain yang lagi syiokkkkk dari anda? So camner?  Malangnya kes camni selalu berlaku pada wanita ... mungkin sebab wanita makin ramai kot so pilihan tu dah terlebih sudah .. ahaksss .... Meh usyar pasangan anda mengenai beberapa tanda-tanda ini:

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda
Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya 'ada masalah sikit'. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda
Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.


Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

Tidak lagi rajin menelefon anda
Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Famous juga gambar model yang digunakan dalam entry ni ye. he he.

    BalasPadam
  2. tak bg pegang or membelek hp tu kalau kwn sya tmbh2 laki lagi la ssh nk bg pgang huhu erk huhu

    BalasPadam
  3. hehe!!~~ suke info ni!!~~tapi kan berjauhana?? apa tu?? kih3...Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya

    "Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya"...de betulnya gak kan..tp de jugak yg macam rimas bagai...ai kena test sekali ni...hehee!!~~ nice info bro!!

    Jom mai singgah my blog....klik je link mummylovers blog ini

    BalasPadam
  4. Semua tanda di atas adalah betul berdasarkan pengalaman..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement