Anak-anak dengan permaianan. Foto

Salam semua.
Seronok ehh tengok anak bermain. Skang ni dah ada macam-macam permainan, ada yang murah, ada yang mahal. Tapi awas, jangan terbeli mainan yang boleh membahayakan anak-anak anda. Kini, dah ada tag MC yang boleh menjadi sandaran buat ibu bapa dalam membuat pilihan membeli alatan permainan buat anak-anak. Ia merupakan satu tanda bahawa produk itu selamat dan terjamin bebas dari bahan kimia merbahaya.

Tapi entri kali ini bukan nak cerita pasal petua atau tips mengenai cara nak beli mainan, sebab tipsnya ada satu je .. tu yang saya berikan tadi. Ikut je tip mudah tu, insyaAllah, mainan itu takkan merbahaya buat anak-anak anda.

Kali ini saya nak paparkan permainan paling mahal di dunia! Wahh .. ini kalau bukan dibeli untuk anak, mau bapak derang yang beli, sebagai satu koleksi peribadi. Mungkin. Alahai .. skang pun permainan dok berkongsi yang tua dan muda.... contoh terbaik; PS2..PS3...PSP ... tu dah jadi permainan orang dewasa lak. Jelas tak merbahaya dari segi kesihatan secara terus tapi leh membahayakan kesihatan poket mak pak! Adehh.

Berikut adalah Top 5 Barang Permainan Paling Mahal di Dunia:

USD200,000. 00

Merupakan prototype patung G.I Joe pada 1963. Dicipta oleh Levine dan dijual kepada seorang ahli perniagaan dari Baltimore bernama Stephen A. Geppi pada 7 Ogos 2003 dalam satu lelongan awam dengan harga USD200,000. Keunikan patung ini ialah ia dicipta di atas meja ping pong, dan ia mempunyai 21 fungsi gerakan selain pakaiannya dibuat khas menggunakan jahitan tangan.

USD40,000.00
Keempat termahal adalah sebuah kereta mainan buat kanak-kanak berumur 7-15 tahun. Ia dinamakan Off-Roader. Kereta mainan ini boleh mencapai kelajuan 30mph, sesuatu yang agak laju buat kanak-kanak. Walaupun ia sebuah kereta mainan tapi spesfikasinya memang menyamai sebuah kereta sebenar.


USD32,205.00
Apakah benda nih? Actually saya pun tak tahu. Tapi ia adalah PEZ Dispenser. Hanya satu dicipta dan sebenarnya ia merupakan prototaip yang dibuat pada tahun 1982. Dilelong menerusi ebay dengan nilai USD32,205.00.

USD25,000.00
Gameboy ini adalah teman permainan paling kecil dan mahal. Mana taknya, harganya USD25,000.00. Ia merupakan Nintendo wii yang dibuat dengan emas 18K dan berlian. Gameboy ini dicipta oleh Aspreys of London.

USD115,000.00
Aha... helmet edisi terhad Dark Vader ini memang berbaloi ohhh .. kalaula anda ada duit. :) Berharga USD115,000.00 direkodkan sebagai alatan permainan paling mahal dijual! Ciri yang menjadikan ia mahal ialah helmet ini digunakan dalam set cerita di mana perlawanan Dark Vader menggunakan pedang. Penciptanya telah membuatkan helmet ini sesuai dipakai pada babak perlawanan itu dengan membolehkan pemakai melihat dengan lebih jelas.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement