Gambar sekadar hiasan. Foto: Lensahasrul
Salam semua.
Hmm bila diusyar2 dia - si anak dara, terfikirlah dalam kepala .. kenapa la dia tak bernikah lagi. Usia makin memanjat. Apa yang ditunggu dan dicari? Wajah dah lawa, peri budi dah cantik ... malah ramai yang meminati dan pendam hasrat. Tapi ... kenapa la agaknya yang masih di dalam fikiran si dara? Meh ketahui keluhan si dara ini bila ayah dan ibu asyik bertanya: "Bila boeh menerima menantu?"

Ayah ! Ibu !
Ampunkan Daku !
Bukan Ku Sengaja, Bukan ku Tak Mahu !
Kahwin itu besar pengertiannya
Bukan sekadar suka-suka
Semua orang kahwin minta bahagia
Aku pun mahu berteman juga
Bukan harta benda ataupun rupa
Mahupun bujang atau yang duda
Aku tak kisah tua ke muda
Asalkan baik hati budinya
Ku cuba cari teman sejati

Yang memahami hati ini
Seorang yang berjiwa murni
Teguh peribadi dan positif personaliti
Seorang Muslim yang solehah
Gaya hidup mengikut Sunnah
Menjadi contoh anak isteri
Membimbing keluarga yang mithali
Duit hantaran dan persandingan
Itu semua bukan jaminan mahligai dunia akan aman
Yang penting pernikahan
Adat resam mesti dijaga
Asal tidak melanggar Aqidah
Ramai Melayu masih lupa
Bersanding - dalam Islam memang bercanggah
Buatlah majlis yang sederhana
Ijab kabul biar sempurna
Pasangan mempelai diraikan bersama
Sebagai pengumuman pada semua
Duit hantaran jangan dibazirkan
Buat simpanan masa hadapan
Suami isteri harus muafakat
Agar ekonomi keluarga terselamat!

Wahai Ayah ! Wahai Ibu !
Ku mohon doa ku mohon restu
Biar pun lambat jodoh ku temu
Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. org sekarang de lagi ke pikir camni?? mybe ada tp xramaikan..sekarang mcm sosial lagi penting kot..dunia akhir zaman...


    Jom klik mummylovers blog

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement