Sesekali makan kat Mc D. Foto: Lensahasrul
Salam semua.
Aduhhhh sakit badan la. Pasal apa ntah .. takkan salah urat kot. Hmm .. hari ni saya sempat masak daging masak kicap untuk anak-anak dan black pepper untuk mak bapak derang (Saya n wife ler). Sedaappp .. heheheehhe ... 

Cerita pasal makan, saya nak kongsi satu citer ni. Best gak layan kisah romantik cam ni.

Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk disebuah bangku panjang berdua, disamping seorang anak muda. Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebiji prosperity burger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman Pepsi.

Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi burger tadi menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja.

Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat. Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata: 

"Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?"

Si datuk menjawab: 
"Tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama" 

Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tissue, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya. Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata:

"Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini?"
Si Nenek menjawab; " Tidak terimakasih.."

Terus si Anak muda bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?" 
Kata si Nenek "Saya sedang menunggu gigi... ... ... . giliran saya selepas datuk... ..! 

Uhh hebat betul keromantikan pasangan ini sampaikan gigi palsu pun berkongsi. :)

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam. kisah benar ke tu? very sweet.... :)

    BalasPadam
  2. ha2 baik punya kongsi daa..cuma si nenek kena menahan laparnya dulu he2..

    BalasPadam
  3. salam, mohon dikongsi ya cerita menarik nie. =) terima kasih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement