Maira single lagi. Foto: Lensahasrul
Salam semua pakwe dan makwe lama.
Apa kes nih? bengkak2 mata ni pesal? Laaa ... nangis teringat kekasih lama ke? Ishh ishhh ishh ... tak perlulah sampai gini sekali. Buat apa seksa diri cam ni. Kalau betul nak seksa diri sampai dapat melupakan pakwe atau makwe lama .. meh ikut petua dan tips terbaik ni. Gerenti hilang ingatan punyalah kat bekas-bekas kekasih tu .. tak caya? Cubalah baca dulu ... dan fikirkan kemudian. 

Oppsss nanti dulu, sebelum baca ... harap lapkan air mata tu dulu ... sebab lepas ni nak lap sekali lagi ...bukan sebab apa .. takut tergelak sampai nangis korang baca tips saya nak bagi ni. Dan lagi .....  jika nak buat tips dan petua ni ... tolong jangan kaitkan saya ehhh ... hehehe .. saya tidak galakkan anda buat benda2 ni .. cuma .....  galakkan korang baca sampai abis je. Orait?

5 Tips Ringkas Lagi Padat Untuk Hilangkan Ingatan Pada Bekas Kekasih


  1. Tulislah surat ke .. email ke dalam 10 helai gitu .. penuh puitis dan madah berhelah. Dengan ayat2 bunga siap bubuh wangi-wangian atau bedak. Dah siap kalu .. korang poskan atau emailkan kat alamat rumah korang. Jadi, bila dah dapat surat-surat atau email-email tu .. korang leh la balas balik ... sure dengan kerja ni akan membuatkan anda lupa dengan bekas kekasih korang tu. Cuba buat 3 kali sehari. :)
  2. Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau wat sesi berkenalan tepi-tepi jalan.... Bukak ler warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi.. Nescaya dengan cara ini dapat membolehkan anda cari yang baru dan lupakan yang lama.
  3. Buat perusahaan menternak itek atau ayam telur. Uhh kerana busy mengutip telur, anda kan secara automatik melupakan bekas kekasih anda. Dalam ingatan anda cuma telurrrrrr je yang anda kisahkan.
  4. Kalau anda bekerja shift... layan kerja shift sampai muntah. Kalau ada yang minta anda ganti, anda ganti dengan sukarela. So, anda akan sibuk dengan kerja semata. Bila tiada masa terluang, anda akan tidak mudah teringat akan kisah lampau dengan bekas kekasih anda. Lagipun dengan kerja obertime gini, anda bukan saja dapat melupakan luka lama .. malah dapat kumpul duit untuk meminang sesapa saja yang anda suka. :)
  5. Pinjam tukul sesapa kalau anda tak ada tukul. Letakkan tukul tu kat tempat tinggi. Pastu anda pinjam pula tangga .... panjat tangga .... buat2 jatuh sampaikan tukul tadi terkena kepala anda ... dan dengan cara ini .... anda serius akan terus lupa. Malah hilang ingatan sapa diri anda. :)

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement