![]() |
| Perbelanjaan perlu dikawal. Foto: Lensahasrul |
Salam semua,
Di sebalik masalah kenaikan harga barang keperluan serta kepayahan untuk mendapatkan beberapa barang di pasaran, kita terlupa bahawa seandainya kita pandai berbelanja dan mengawal kewangan kita, kebanyakkan masalah-masalah ini boleh diatasi dengan mudah.
Jika ingin berada dalam kawalan terhadap keadaan kewangan kita, teknik belanjawan adalah teknik yang terbaik untuk kita praktikkan.
Teknik ini bukan dibuat dalam kepala otak je ... kena tulis atas kertas dan ditampal di tempat yang sering kita perhatikan contohnya dinding peti ais kita di rumah .. atau di cermin. Jangan pula diletak di tempat yang tersembunyi .. kalau tidak .. sia-sialah anda buat pengiraan belanjawan anda.
10 Teknik Belanjawan
- Mendahulukan keperluan sebelum kehendak
- Pastikan ada peruntukan untuk keperluan kecemasan (simpan dalam akaun bank berasingan)
- Buat keputusan tentang bagaimana wang anda patut dibelanjakan
- Tumpukan perhatian kepada wawasan jangka pendek/jangka panjang
- Kenal pasti kebocoran dalam corak perbelanjaan dan cuba 'tampal' kebocoran tersebut.
- Memetakan perbelanjaan kepada pendapatan sekarang, bukan pendapatan ramalan.
- Halang pergaduhan sesama adik beradik.
- Sesuaikan perubahan dengan pertambahan ahli keluarga.
- Sesuaikan diri dengan perubahan pendapatan tak kira, samada naik atau turun.
- Sediakan ruang bagi tujuan simpanan dan pelaburan.








nice entry!
07 January, 2011 10:47
@PuanBee Terima kasih.
07 January, 2011 10:56
Post a Comment