As-Salam. Amacam? Percaya tak? Dengan berblog, anda boleh mendapat pendapatan hebat; 4 angka nak hampir ke 5 angka tu. Ohhw..ini bukan rekaan. Ini realiti. Nuffnang membayar anda dengan meletakkan iklan-iklan terbitan mereka di blog anda. Bagaimana Nuffnang boleh bayar? Sebab advertiser bayar satu jumlah wang pengiklanan kepada Nuffnang ler .. dan wang itu dijadikan sumber oleh Nuffnang untuk diberikan kepada anda - blogger2 seAsia Pasifik. Yes! bukan sini je ... Asia Pasifik tu.
Saya pada awal dulu, selepas setahun Nuffnang dilancarkan, saya join. Masa tu ... saya tak berapa yakin sangat dengan pengiklanan internet ni, sebabnya ialah, saya dah ceburi Adsense, dan pendapatan dari Adsense pun tak berapa masyuk (pada ketika itulah). Dan pada masa itu, saya tak ambik pot pun pasal iklan Nuffnang ni. Saya letak kat blog dan biarkan je. Lama2 saya malas nak berblogging sebab saya malas dan pada masa itu saya fikir... bukan leh dapat duit pun dengan blog.
Setelah bertahun, saya kembali semula dan terima balik Nuffnang. Dan saya imbas balik kenangan dengan Nuffnang. Waaa ruginya, dulu saya Gliteri dengan ada buffered earnings tapi sebab saya tak tingkatkan trafik, buffered earning saya hilang dan sampai sekrang ni, belum lagi terima buffered earning yang lebih menguntungkan.
Pastu, saya dok tengok bila la nak dapat cek2 yang menarik dari Nuffnang ni, dan sementelaah itu, saya pun fikir kembali - Ehhh boleh ke dapat duit banyak dengan blog? Boleh ke? Skeptikal sekejap dengan keadaan akaun Nuffnang saya yang tak berapa nak masyuk. Dan kemudian, saya terjumpa ini:
Pendapatan Nuffnang RM7,960.86
Aha .. amacam? ada sama atau lebih kurang gaji korang sebulan? atau angka tu tak cukup mengujakan? Weihh .. ini kerja dok posting je depan PC .. yang paling lama pun ambik masa 2 jam. Tengok hasilnya. Jadi, siapa kata tak boleh buat duit dengan blog? dan siapa kata Nuffnang tak bayar? Jadi ini bukti jelas dan nyata, Nuffnang boleh beri anda pendapatan menerusi pengiklanan di blog dan membuktikan blog boleh jana pendapatan .. kalau tidak pendapatan utama, tentu sekali sebagai pendapatan sampingan.
Agaknya camner nak dapatkan cek macam
Redmummy dapat ni? Saya tak reti nak bagi tips, sebab blog saya pun bukannya ramai sgt yang datang, dan follower pun ciput je. Saya tidak berjaya macam
Redmummy. So saya tak layak nak bagi tips. Nak tips macam mana nak dapat Cek Pendapatan RM7,960.86 seperti yang Redmummy dapat, sila la ke
blog Redmummy. Kat sini dah siap kasik tips - bukan main reka tapi dari pengalaman Redmummy sendiri dalam dunia blog. Tapi sekadar nak bagitahu sebagai tambahan - jangan lak berharap boleh dapat cek sampai ribuan dalam masa singkat - maksud saya pengalaman dalam berblog. Redmummy sendiri ambik masa lebih dua tahun! Jadi ini bukan entry suh korang masukkan Nuffnang dalam blog korang dan harap cukup bulan ni leh dapat ribu2 ..
Ok .. dah penat ni ... nak buat entry lain lak kat blog lensahasrul. Sian
blog lensahasrul - dianaktirikan. :)
#update: RM dah review penulisan ini, dan dia bersetuju dengan apa yang saya tulis.
**p.s: Terima kasih daun keladi kepada Redmummy kerana beri kebenaran untuk siar gambar cek; kalau ada salah silap harap betulkan ....