Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari November, 2010

Kenduri Ibarat Mini Gathering

Salam,baru-baru ni berkesempatan juga untuk hadir 3 kenduri perkahwinan - Taiping, Kampar dan Ipoh. Dan paling best saya berpeluang untuk jumpa kawan-kawan sekelas lama semasa di SEMESTI. Walaupun tak ramai, tapi dapat berjumpa dan update perkembangan diri adalah sesuatu yang best ..lebih best dari update status kat Facebook mahupun Twitter (MySpace n Friendster juga).
Kenapa best? Sebab anda tak boleh menipu dan tak boleh nak sorok2. Jumpa dan borak secara live is better than 'live' dalam dunia internet. What u see is what u get! Kadang2 orang suka tipu2 ... samada dalam blog, dalam Facebook dan media internet yang lain - dah tiada sempadan la katakan.
Lagipun perjumpaan seperti ini lebih intimat atau kata lain lebih mesra. Dapat jumpa ahli keluarga yang lain, tengok perangai anak masing-masing, tengok itu .. tengok ini. ... dan ketahui dari mulut orang tu sendiri akan benda-benda lain yang nak sangat tahu - contoh: gossip panas sesama sendiri ... 

Sambutan Hari Landskap 2010 Perak

Salam,Oh ya .. lupa nak war-warkan dalam blogHH ni, baru-baru ini Parit Buntar telah menjadi tuan rumah/tuan bandar untuk menganjurkan Sambutan Hari Landskap 2010, Peringkat Negeri Perak. Ia diadakan di Pinggiran Sungai Kerian pada 15 November 2010 dan bagi saya, ia sangat seronok bagi saya ... :) dan anak-anak.
Walaupun ia tidaklah semeriah macam sambutan MAHA sedang hangat berlangsung tetapi ok lah jugak. Atas minat saya juga dalam bidang lanskap, saya menikmati hari Isnin saya bersama anak-anak melihat dekorasi indah landskap yang dibuat. Semua daerah kena buat satu hiasan landskap yang menggambarkan daerah mereka. Saya dah buat beberapa shot dan insyaAllah, andai ada kelapangan, saya akan posting di lensahasrul. Di sini saya cuba sediakan sedikit 'shortlisted' untuk anda.

Selamat Pengantin Baru Nor Azian Murad !

Salam semua,Hari ini sekali lagi nak buat ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baru. Kali ini saya nak mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada rakan sekolah saya dan isteri - Nor Azian Bte Abdul Murad; yang sah menjadi isteri kepada Ahmad Rizal Bin Mohamed Karim.
Majlis walimah pasangan ini diadakan di Dewan UMNO Perak, Ipoh. InsyaAllah, kami akan hadir bersama rakan-rakan sekolah yang lain terutama dari Kuala Lumpur (Entri ini ditulis sehari awal sebelum majlis).
Wahh sernok tengok ramai kawan dah menamatkan zaman bujang. Tapi still ada lagi yang menunggu giliran. Agaknya lepas ni .. giliran anak-anak kami pula yang berkahwin dan kami pula yang akan menjemput. :)

Sendal Gusi - Alahai Seman

Salam,Dah agak lama tak menyendal gusi dengan jenaka. Kali ini saya persembahkan satu jenaka yang saya dapat dari facebook yang disediakan oleh Zai. Lawak jenaka ini mengenai seorang lelaki yang nyata 'buta' dalam soal agama. Dan kejahilan dia dibawa sampai berumahtangga.
Pak Kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak Pak Kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. Setelah 3 hari berkahwin....Seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang.... .Pak kasim mengajak Seman utk solat maghrib secara berjamaah. 
Seman gelabah..sebab sebelum ini dia tak pernah bersolat. Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni..abg tak penah solat ni""takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.

Bangku Kosong - Blog Pilihan Malaysia 2010 (BPSP)

Salam semua,Semalam, saya ada buat entri mengenai pemilihan calon-calon Blog Pilihan Malaysia 2010 yang telah dianjurkan secara suka-suka oleh Azman Roslan. Dan sambutan yang diberikan boleh dikatakan menggalakkan. Stage penamaan calon-calon untuk kategori-kategori yang diadakan telah pun ditutup dan telah pun disenaraikan di sini [Senarai Calon-calon Blog Pilihan Malaysia 2010].
BlogHH amat berbesar hati kerana telah menerima pencalonan pertama daripada Mizz Sue; tuan punya blog hebat - Asam:Garam:Gula. Untuk info, blog Asam:Garam:Gula mendapat paparan khas dalam majalah remaja keluaran terbaru.
BlogHH atau dengan nama timangannya - Bangku Kosong disenaraikan dalam kategori Blog Personal Suami Pilihan (BPSP).  Buat masa ini, tiada undian dijalankan lagi kerana Azman Roslan dengan bijaknya membiarkan blog2 ini diteliti dulu oleh blogger-blogger Malaysia.
Dan saya sebagai menyokong usaha dilakukan oleh Azman Roslan, saya senaraikan calon-calon lain yang bersama dicalonkan dalam kategori B…

2 Tiket FREE Narnia

Salam semua,Bila dapat email dari Nuff tadi mengenai jemputan ke tayangan perdana The Chronicles of Narnia - The Voyage of The Dawn Treader; saya tertanya juga bila agaknya saya nak dapat tiket percuma yang saya menang menerusi peraduan EON Bank di Facebook. Dan baru kejap tadi .. abang posmen ... tu kat atas tu ... tiket in season ...
Anak-anak saya, Amri dan Zikri excited giler, tapi tiket tu untuk 2 orang jer ... Amri siap cakap .. "abah pergi dengan adik la .. sebab ada 2 je" ... dan Zikri lak cakap "haaa ... jom la ... jom la tengok singer ni". Saya pun cakap la mana boleh pergi sekarang, sebab tak start lagi ... dan seperti biasa ... Zikri akan bertukar 'hijau'.
So macam mana yer? Hmm ... anniversary perkahwinan saya yang ke 25 tahun 6 tahun just around the corner .. maybe boleh kot saya berdating dengan wife saya seperti birthday kami berdua ... hmmm tapi kesian la pulak kat budak2 ni ...  camner ehh? GIVEaway? .... hmmmm .....

Video - Cara Pakai Tudung dan Selendang

Video - Cara Pakai Tudung dan Selendang. Ada banyak fesyen tudung dan selendang. Kat Parit Buntar, banyak kedai jual barangan ini; dan semuanya dengan corak dan harga menarik. Nak yang lagi menarik, setiap Jumaat dan Isnin - Pasar Kemboja; lagi banyak pilihan dengan harga yang jauh lebih murah dari pasaran, boleh dapat sehingga 60% potongan dari harga pasaran. Selalunya, ia dijual dalam kuantiti yang banyak atau kodi. Namun jika nak beli 2-3 helai atau pasang ... boleh je ... harga masih lagi murah dari pasaran.

Jika datang ke Parit Buntar/Nibong Tebal, datanglah pada hari Sabtu, bolehlah nanti anda singgah ke Pasar Kemboja. Memang syurga beli belah untuk wanita ... dan juga untuk mereka yang nak jalankan bisnes seperti bisnes tudung, bisnes telekung, jual baju kurung .. dan macam-macam lagi.
Video - Cara Pakai Tudung dan Selendang
Bila bercakap pasal tudung dan selendang, selain ia dah berfesyen, cara guna atau pakai pun dah pelbagai. Ada macam-mcam cara pemakaian sesuai dengan jenis…

Bundle Bukan Baju Buruk

Salam semua,
Anda peminat pakaian bundle - pakaian terpakai? Saya seisi keluarga minat bundle. Kenapa? Sebabnya saya dapat pakaian berkualiti dengan harga yang murah! Semurah RM1 bagi sehelai baju. Walaupun, ada yang cecah sampai RM30 sehelai ....  tapi beza dengan harga pasaran sebenar sampai ratusan ringgit.
Kualiti - Betul ke? Mestilah .. jika tidak ia takkan bertahan sampai boleh dijual kembali - bukti bahawa pakaian itu tahan lasak dan masih boleh digunakan. Kebanyakkan baju bundle yang dijual adalah yang terbaik dan merupakan seleksi terpilih. Ia telah sah bebas penyakit dan kebanyakkannya tiada dalam pasaran tempatan.
Saya meminati pakaian bundle sejak dari sekolah menengah. Malah, ada satu baju bundle saya missing in action sebab ia best - ramai orang pinjam dan akhirnya saya sendiri tak tahu kesudahan baju bundle tersebut.
Saya beli sebab kadangkala baju bundle menyajikan baju-baju berjenama dengan harga yang lebih memadai atau dengan kata lain - senang bagi poket trutama bagi …

Sendal Gusi - Dialog Kambing dan Ayam Musim Kenduri

Adeh.. selepas beberapa entri yang senak otak, kali ini nak tulis entri yang rilekskan minda plak. Sendal gusi kali ini mempersembahkan satu lagi lawak hewan .... lebih khusus antara kambing dan Ayam.
Jika anda boleh faham bahasa kedua-dua hewan ni, baik anda curi2 dengar apa kata mereka bila nampak derang bersama .. mungkin boleh jadi entri untuk blog korang nanti. Apapun meh layan dulu lawak ni yang saya ambil dari komuniti VF.
Satu hari berlakulah bertengkaran yang hebat di sebuah reban kambing dan sebuah reban ayam.. pertelingkahan tu menyebabkan satu kampong heboh... beginilah kisahnya.
Kambing : Apalah kau ni ayam... Baju ada tapi berkaki ayam tak malu ke... . kah kah kah Ayam : Kau tu dah baju jarang nampak kemaluan ... lagi malu pa. kah kah kahAyam : Daging aku lazat.. enak sehingga menjilat jari.. Kambing : Lazat pun bukan boleh buat korban...Kambing : Apalah kau ni bertelur sebiji riuh sekampong Ayam : Aku bertelur setiap hari... kau tu beranak setahun sekali.. hebat apakebenda…

Nuffnang TIDAK Adil?

Selama beberapa hari (terutama minggu lepas), saya dok bercerita mengenai bagaimana Nuffnang memberikan ganjaran hebat hasil pengiklanan. Saya juga berikan beberapa tips bagaimana nak berjaya dengan menjadi ahli Glitterati Nuffnang, dan menjana pendapatan dari iklan yang disediakan oleh Nuffnang.
Nuffnang amat berjaya dalam hal ini, malah ramai yang setuju bahawa Nuffnang berpegang pada janji memberikan yang terbaik kepada semua ahlinya (Nuffnangers). Malah, nilai hebat dan cek-cek ratusan serta ribuan ringgit banyak dipamerkan oleh para blogger yang mempunyai iklan Nuff dalam blog mereka.
Tapi kali ini, saya nak highlighkan soal lain tetapi masih berkaitan dengan Nuff. Ia berkaitan contest-contest yang dianjurkan oleh Nuff dan yang membabitkan anda perlu secara KREATIF membuat entri mengenainya.
Saya tertarik dengan kesungguhan seorang blogger yang juga peserta tegar semua acara contest dari Nuffnang, yang meluahkan rasa ketidak puas hatian beliau tentang cara Nuffnang memilih para …

Jom Jalan-Jalan: Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pernah dengar nama Taman Rekreasi Gunung Lang tak? Jika tak pernah, ia satu kawasan rekreasi yang terletak di pinggir bandaraya Ipoh. Saya dan keluarga berkesempatan pergi ke sana baru-baru ini, actually bulan lepas.... itupun secara ad-hoc je .. tak rancang pun.
Tempat rekreasi ini mempunyai satu tasik yang agak luas, sebuah kedai makan dan juga pusat pameran. Masa saya pergi tempat ni kira ramai juga orang yang datang.... samada nak rasa naik bot atau sebab nak rehat2 tengok benda ijau di sini.

Keadaan di sini agak terbiar, walaupun ia diselenggara oleh MBI, namun banyak aspek perlu dipertingkatkan.
Di seberang tasik yang ada di Taman Rekreasi ini ada taman permainan, kawasan tinjau dan juga tempat Ostrich dan rusa. Ada rumah2 tempat lepak atau pameran disediakan, tetapi nampak dan kelihatan seperti agak uzur walaupun di sesetengah bahagian nampak seperti baru dibina (ada tanda binaan baru siap).

Cinta - Suka

Salam.Artikel ini saya dapat hasil kiriman dan posting Aimi Nadiah, seorang graduan Ms dalam engineering yang saya kenal semasa berada di USM Kampus Kejuruteraan. Sebelum ini pun saya pernah keluarkan artikel yang dikirim Aimi. Kali ini, si manis ini menitipkan sebuah bingkisan mengenai Cinta dan Suka.
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi dihadapan orang yang kita suka, hati kita gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Tapi didepan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tetapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Manakala di depan orang yang kita suka, kita bebas berkata apa saja.

Di depan orang yang kita cinta, kita akan menjadi malu. Tetapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tak mampu merenun…

6 Faktor Sukar Bertemu Jodoh

Alkisahnya, dah sampai hujung-hujung tahun dan dalam cuti persekolahan, banyaklah adanya kenduri kahwin sana-sini. Saya sendiri pun 20-21 ada kenduri kahwin, 20hb di sebelah kanan rumah, 21hb pula disebelah kiri rumah. Dan alhamdulillah, dua-dua dapat kami sekeluarga hadir.
Dan di hujung hari/minggu ini, kami (saya dan wife) dikejutkan pula dengan berita pertunangan rakan sekolah kami - pasangan dua-dua dari sekolah sama. Heboh juga dalam facebook kami, lebih2 lagi selepas saya share foto pertunangan mereka di Ipoh. Yang pasti, kisah mereka bercinta tak dapat dihidu oleh rakan-rakan sesekolah yang lain. Apapun tahniah buat mereka berdua.
Hujung minggu ini juga, ada satu undangan perkahwinan di Ipoh. Kata wife saya - "hujung minggu ni nak pi tak Ipoh?", saya kata "siapa kahwin?" ... lantas wife saya tersenyum dan kata "ala ... awek abang yang lama tu" ... 
Haaa... tak sangka pula tahun 2010 ramai rakan sekolah kami yang akan melangsungkan perkahwinan. Ya.. us…

Cek dari Nuffnang Lagi

As-Salam. Seronok tengok blogger-blogger di Malaysia dapat cek dari Nuffnang. Dan menariknya nilainya dari sekecil-kecil hinggalah besar ... malah ada yang dapat lebih dari RM20K dari Nuffnang! Saya tak tipu, saya dah tgk dan saya kagum kejap. Dan rata-rata yang dapat cek nilai besar-besar ini merupakan blog dalam bahasa inggeris. Meh semak dan lihat bukti yang ada.

Contoh Cek dari Nuffnang

Jadi maybe lepas ini,keyakinan anda untuk mendapatkan cek-cek hasil dari blog dipertingkatkan. Tapi harus ingat, jangan pula nak kejar cek, anda lupa tujuan anda berblog. Cek-cek ini hanya sekadar satu bentuk motivasi dan penghargaan atas semua usaha dan penat lelah anda sahaja.
Dan kena juga anda tahu, cek ini bukan datang kejap2 setiap bulan. Jadi, kalau ada pun setiap bulan, bukan setiap bulan anda akan dapat ribu-ribu seperti yang dipaparkan ini.

Mereka merupakan blogger yang hebat dan boleh dikategorikan sebagai PRO pun, tetapi tidak mustahil blog2 newbie juga boleh mendapat income sebegini.…

Tun Mahathir Pernah Masuk ke dalam Kaabah

Saya tak pasti berapa ramai antara kita yang mengetahui mengenai fakta ini. Ya benar, Tun Mahathir adalah antara pemimpin negara yang pernah masuk ke dalam Kaabah. Beruntungnya Tun Mahathir kerana beliau adalah yang dipilih untuk masuk ke dalam dan merasai pengalaman yang hebat berada di dalam Kaabah. Dan kepada anda semua, agaknya apa yang ada di dalam Kaabah, boleh rujuk posting saya: The Interior of The Kaabah yang dibuat September lalu.
Tun Mahathir Pernah Masuk ke dalam Kaabah Tak ramai yang pernah lihat dan mengetahui mengenai apa yang ada di dalam Kaabah, apatah lagi masuk ke dalam perut Kaabah itu sendiri. Fakta sejarah menyingkap hanya keturunan Banu Syaibah yang memegang dan menjaga kunci pintu Kaabah, dan hanya pemimpin negara Islam tertentu sahaja dibenarkan masuk ke dalamnya.

Tun Mahathir pernah masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1993 semasa beliau mengerjakan umrah di tanah suci itu. Peristiwa 17 tahun lalu ini telah diceritakan semula oleh Rosme - bekas pegawai waran TU…

Sendal Gusi - What can i do for you?

Entri lewat malam kali ini, saya bawakan anda untuk tersenyum sebelum melelapkan mata. Hari kita perlu bermula dan berakhir dengan senyuman, kerana senyuman itu satu anugerah hebat yang boleh menyembuhkan jiwa. Tak percaya? Cubalah berikan senyuman anda pada orang yang anda jumpa walaupun anda tidak kenal, pasti anda akan dibalas dengan senyuman!.
Jadi, jom layan sebuah kisah lawak ini. Maaflah yer, sebab citer ini dalam bahasa inggeris. Sebagai satu tambahan untuk lebih menguasai bahasa. :) Lagipun saya fikir ramai yang reti bahasa simple ni. Jadi selamat tersenyum apabila selesai membacanya.

Qurban

Sempena Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban yang baru sahaja dirayakan, saya ingin mengambil kesempatan yang ada, melahirkan rasa syukur kerana masih lagi diberikan nafas untuk saya bersama anda semua. Dan di kesempatan ini, saya ingin berkongsi sesuatu kepada anda, moga ia menjinakkan minda kita kepada hal yang bersifat bukan duniawi, dan merefreshkan ingatan kita tentang sesuatu yang mungkin kita lupa.
Apakah itu Qurban? Ia merupakan haiwan ternak yang disembelih pada hari raya Qurban (10 Zulhijjah) yang diniatkan sebagai Qurban kepada Allah Taala. Hukumnya adalah sunnah yang baik dilakukan jika mampu. Binatang atau haiwan ternak yang boleh dijadikan sebagai menyempurnakan ibadah Qurban ini adalah antaranya lembu, kerbau, unta, kambing serta sapi.

Selamat Kembali Sahabatku

Alkisahnya, salah seorang sahabat saya - Kamarul Azizi bin Omar yang saya kenali sejak dari sekolah menengah telah pun selamat tiba ke tanahair dari mengerjakan ibadah haji di Mekah. Alhamdulillah, beliau selamat dah sihat (kalau tgk gambar). Saya dapat perkhabaran ini menerusi facebook yang dah beberapa hari tak update secara ilmiah (bukan dari PC).
Sebelum berangkat, sempat juga saya berjumpa sahabat saya ini semasa Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Dan dia ke Mekah membawa ibunda tercintanya dan meninggalkan isterinya yang masih boleh dikatakan 'pengantin baru'. Hebat sahabat saya ni. Duit banyak tapi speaking still BOTA style. Dah merantau merata dunia tapi still pure Perak. Saya tabik pada beliau yang lebih hebat dari saya. Dan saya amat senang hati dapat kenal dengan beliau.

3 Perkara Harus Dilakukan Untuk Jana Pendapatan Blog

As-Salam.
Ramai yang kagum dengan RM7K yang diperolehi menggunakan blog menerusi penyedia iklan Nuffnang. Bagaimana nak dapat banyak tu? Ada pelbagai panduan dan tips anda boleh jumpa. Rajin cari, dan rajinlah praktik.
Harus anda tahu, nak jana pendapatan hebat dari Nuffnang, anda perlu jadi ahli Nuffnang Eksklusif atau Glitterati. Kalau ahli biasa atau Nuffnanger biasa... so biasa2 je lah pendapatan anda. Sila rujuk web Nuffnang untuk info mengenainya.
3 Perkara Harus Dilakukan Untuk Jana Pendapatan Blog

1. Tingkatkan aliran trafik ke blog anda. Ada banyak cara untuk tingkatkan trafik. Antaranya ialah:
Anda buat iklan kat blog lain atau media pengiklanan. Buat kunjungan balas ke blog-blog lain dan sentiasa aktif memberi komen.Buat ping bagi posting anda yang telah siap dikemaskini.Dapatkan banyak follower; lebih banyak follower memberi makna lebih banyak pengikut setia yang pasti akan datang ke blog anda.Sentiasa update blog anda agar ia 'hidup'. Blog mati takkan menarik minat…

Info Nuffnang Buat Blogger Newbie

As-Salam.
Alkisahnya ramai juga teruja dengan pendapatan yang boleh kita dapat dari memblogging terutama menerusi medium pengiklanan Nuffnang. Dan banyak tips dan panduan boleh kita jumpa kalau kita rajin cari. Namun, saya nak share jugak walaupun saya fikir ramai dah tahu bagaimana nak dapat pendapatan hebat dari Nuffnang. Sebab saya fikir ada lagi yang tak tahu (saya sendiri pun masih cetek ilmu mengenainya). Ada juga yang masih malu2 kucing nak letakkan iklan dari Nuffnang sebab tak fikir ia relevan atau susah nak dapat duit darinya.
Sebagai permulaan, anda disaran untuk lihat penjelasan dari Nuffnang sendiri bagaimana mereka membayar anda berdasarkan kategori iklan yang mereka sediakan. Sekilas dari saya, Nuffnang mempunyai 3 kategori iklan yang akan diletakkan dalam blog:
Bagi kempen CPM Pendapatan yang anda perolehi bergantung kepada jumlah purata pengunjung unik yang anda terima dalam minggu suatu kempen itu dibina.Bagi kempen CPC Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bi…

Pendapatan Nuffnang RM7,960.86

As-Salam. Amacam? Percaya tak? Dengan berblog, anda boleh mendapat pendapatan hebat; 4 angka nak hampir ke 5 angka tu. Ohhw..ini bukan rekaan. Ini realiti. Nuffnang membayar anda dengan meletakkan iklan-iklan terbitan mereka di blog anda. Bagaimana Nuffnang boleh bayar? Sebab advertiser bayar satu jumlah wang pengiklanan kepada Nuffnang ler .. dan wang itu dijadikan sumber oleh Nuffnang untuk diberikan kepada anda - blogger2 seAsia Pasifik. Yes! bukan sini je ... Asia Pasifik tu. Saya pada awal dulu, selepas setahun Nuffnang dilancarkan, saya join. Masa tu ... saya tak berapa yakin sangat dengan pengiklanan internet ni, sebabnya ialah, saya dah ceburi Adsense, dan pendapatan dari Adsense pun tak berapa masyuk (pada ketika itulah). Dan pada masa itu, saya tak ambik pot pun pasal iklan Nuffnang ni. Saya letak kat blog dan biarkan je. Lama2 saya malas nak berblogging sebab saya malas dan pada masa itu saya fikir... bukan leh dapat duit pun dengan blog.
Setelah bertahun, saya kembali sem…

Denggi Membimbangkan - Check Hot Spot Denggi Di sini!

Alkisah sekarang, kes Denggi di Malaysia semakin membimbangkan. Mungkin ramai yang tak sedar, tapi daripada angka yang saya dapat dari laman web Kementerian Kesihatan, terdapat peningkatan kes sebanyak 19 peratus; dari Januari hingga 6 November bagi tempoh yang sama berbanding tahun lepas. Ini melibatkan sebanyak 41,640 kes yang dilaporkan dengan kematian meningkat kepada 60 peratus atau 45 kematian.; menjadikan jumlah kematian yang dilaporkan akibat Denggi adalah sebanyak 120.
Terdapat satu kes di Temerloh, Pahang melibatkan seorang wanita berusia 32 tahun, yang mula demam pada 25 Oktober telah meninggal dunia akibat Denggi. Kes beliau yang pada mulanya dianggap sebagai demam biasa, mendapat rawatan pertama di Klinik Kesihatan Mentakab pada 26 Oktober 2010. Dan pada 29 Oktober, beliau mendapat rawatan kedua setelah demamnya tidak surut selain mendapat simptom lain dan telah dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Syah. Di situ, beliau didignos - Dengue Shock Syndrome.
Hasil pemeriksaan d…

Apa Dimaksudkan Dengan Pagerank?

Check pagerank instantly. Ramai blogger Malaysia yang masih lagi tidak tahu apa maksud sebenar Pagerank. Pagerank penting untuk menunjukkan atau sebagai indikasi sesebuah blog itu mempunyai pengaruh dari segi kualiti kandungan.

Blog atau laman web yang mempunyai Google Pagerank yang baik, akan diberikan tempat 'istimewa' dalam enjin carian. Malah, kandungan blog itu disifatkan boleh dipercayai dan dijadikan rujukan. Blog-blog yang mempunyai pagerank tinggi ini adalah blog yang mempunyai pengaruh samada di kalangan pembaca mahupun kepada enjin carian itu sendiri.

Itu sebab jika anda menilai pagerank sesebuah blog atau laman web, mana-mana laman web autoriti tinggi yang ada pagerank terbaik selalunya laman web kerajaan (gov) dan juga laman web pendidikan (edu). Ini kerana informasi dan kandungan laman web tersebut dipercayai dan diakui sebagai boleh dipercayai. Kebiasaan saya ketemu, blog dan laman web sebegini sangat mudah mendapat Google Pagerank antara 6-10.

Sedikit sebanyak …

A Funeral. I Work for the IRS.

1. A funeral service is being held for a woman who has just passed away. At the end of the service the pallbearers are carrying the casket out when they accidentally bump into a wall, jarring the casket.

They hear a faint moan. They open the casket and find that the woman is actually alive! She lives for ten more years, and then finally dies. A ceremony is again held at the same place, and at the end of the ceremony the pallbearers are again carrying out the casket. As they are walking, the husband cries out, "Watch the wall!"
2. Three guys were talking in the local bar. The manager was so sure that its bouncer was the strongest man around that it offered a standing $1,000 bet that no could beat him.
The challenge was that the landlord would squeeze a lemon until all the juice ran out into a beer glass, then hand the lemon to the customer. Anyone who could squeeze even one more drop out of the lemon would win the money.
Over the years many people had tried this, truck drivers, …

Z Tido. Jem. Lagu 60an.

Petang semalam, ingat nak gi kuar jap, sekali tengok Zikri dah layan tido la plak. Tengok je la tu. Ishh syiokkkkk je nampak. Saya masa tu masih dok mengadap PC ni, cari bahan dan buat bw kepada mereka yang datang bertandang selain manja2 dengan facebook.
Hari ini, saya stuck kat atas jalan, lepas ambil Amri balik dari Tadika Islam Perak, saya pergi kedai Kawanku mencari makanan ikan untuk puyu-puyu di rumah. Dengan keadaan laluan trafik yang dah berubah akibat desakan pembangunan di Parit Buntar, keadaan jalanraya agak sibuk dari biasa terutama jalan-jalan yang sebelum ini agak lengang.

Senaman Automatik Depan PC Anda!

Senaman Automatik Depan PC Anda!. Blogger .. kebanyakkan akan banyak luangkan masa di depan komputer, tak kiralah desktop atau komputer riba (laptop). Dan lazimnya, bila banyak masa dah terhabis di depan komputer, pastinya aktiviti lain diabaikan .. terutama sekali senaman.

Orait .. ada senaman khas untuk rakan blogger yang aktif menaip dan menulis sampai lupa buat benda lain ni .. huhu. Saya nak kongsikan cara paling mudah dan boleh dikatakan automatik untuk anda bersenam di depan komputer .. huhu.
Senaman Automatik Depan PC Anda! Baca perenggan atau teks di atas .. huhu

Kena baca sampai habis .... nahhh ... dah siap satu senaman ringkas untuk bahagian leher dan bahu anda ... hehehe..

Mudah, dan automatik.

Sampah Saya Banyak

Tadi dok kemas-kemas seperti biasa, dan dah bubuh semua dalam plastik sampah terbiodegrasi ('plastik' sampah yang mesra alam); baru sedar, setiap kali kemas2 rumah, mesti sampah banyak ... bertimbun je kat tempat buang belakang umah. Seprti biasa, saya akan cuba asingkan mana benda berasaskan kotak/kertas dan mana sampah domestik atau organik. Kalau ikutkan boleh je buat baja sendiri, tapi susah la plak nak kena p masak gula merah .. huhuhu...
Tengok sampah...mak .. giler banyak. Pastu saya terfikir, ini sampah saya untuk hari ini. Untuk esok? lusa? dan dari orang lain plak camner? Perghh memang banyak. Betullah kata orang bijak pandai, kita ni tahu membuang je tapi tak tahu la plak nak simpan.
Anda pernah pergi ke tempat lupus sampah tak? Saya kalau balik ke kampung kat Parit, sure akan lalu punya (baru2 nampak cam dah nak tutup!), kalau g Cameron Highlands ikut Simpang Pulai, pun akan jumpa juga pusat pelupusan sampah. Kalau saya g mancing kat area Batu Kawan ataupun Tanjung …

Saya Pernah Kena Saman

Alkisahnya semalam wife saya; Linda hampir-hampir nak kena saman dengan polis trafik disebabkan satu kesalahan yang memang serius - uh tak leh kasiktau :P. Elok je membelok pada lampu isyarat terus kena tahan. Dan tempat yang sama juga saya kena pada tahun lepas, angkara kesalahan yang sama juga. Tapi tidak bagi isteri saya - dia terlepas dari kena saman. Saya pun lain cerita; dikenakan saman, dan dikompaun.
Saman saya boleh kira serius - RM300 kalau ikut kesalahan dalam Akta yang termaktub. Tetapi saya telah bernasib baik (lebih kurang), dengan mendengar nasihat oleh pak polisi yang bermisai lebat, saya pun tak teragak-agak pergi ke balai polis trafik yang mengenakan saman, lalu menjelaskan kompaun. Fuhhh ... dari RM300 yang patut kena saya hanya membayar RM20 sahaja.

Posing Anak Gadis di atas Katil

Adeh, baru je selesai buat entri kat blog lensahasrul, kali ni saya muatkan dua set gambar; satu koleksi gambar di Ban Pechah dan satu lagi set gambar bermain dengan Maira - atas katil. Main cak2.
Shot tanpa editing tu, semua terus dari kamera murah saya (Sony DSLR A200). Ini pun sebab wife saya yang minta. Terima kasih Linda :'). Saya pun buat la apa yang patut tapi biasalah dengan baby girl yang ligat ni, kalau takde pembantu susah ooo nak ambik. So nak enjoy tgk gambar-gambar dari saya, layan je kat blog lensahasrul ehh. Khusus dan sah2 untuk aktiviti hobi saya - mengambil gmbar. Cuma gambar dominasi posting... takde kontest..takde apa2 - semuanya gambar!

Bila Blogger Dah Buat Kegiatan Haram

Alkisahnya, ramai lagi yang tak berapa nak ambik kisah pasal sumber dan tag, serta gambar yang diambil tanpa kebenaran. Saya faham, anda mungkin tak berapa nak tahu cara nak buat atau mungkin masa menghadkan anda untuk buat. Saya ni bukanlah blogger hebat macam anda semua, cuma kadang-kadang kita perlu hargai apa yang orang lain dah buat. Jangan main tiru je, bila dah kena soal jawab@kena komen, tak tahu nak menjawab.
Saya bukan apa, ada satu blog tu, saya cuba nak dapatkan widget ni, then saya pun try la untuk letakkan widget yang disediakan ... tup tup tak boleh berfungsi. Saya pun hairan la jugak .. kenapa dan mengapa. Then saya pun baca la komen yang ada kat situ, mula nak gak kemuka soalan mengapa tak boleh run widget tu kat blog hasrulhassan yang syiok sendiri ni .. tapi saya tak jadi.
Rupa-rupanya, ramai gak blogger lain yang tak leh run ... dan komen last sekali tu telah membuatkan semua persoalan terjawab. Widget yang disediakan bukan hasil blogger terbabit terbabit tetapi d…

Jangan Jadi Blogger Buat Kegiatan Haram

As-Salam.Entri kali ini adalah sebagai ingatan untuk diri sendiri dan juga kepada mereka yang prihatin. Awas, jangan terjebak dalam kancah yang menyebabkan anda melakukan perkara yang haram dalam dunia blog ini. Perkara yang saya maksudkan ini ialah:
Mengajak orang untuk klik iklan atau banner advertiser cth: Nuffnang, Advertlets, Mangga Ads mahupun Adsense (biar mereka klik sebab suka dan ingin tahu secara jujur).Menulis satu-satu artikel dari satu sumber tetapi tidak diberikan kredit atau keterangan sumber tersebut - ia ibarat merompak hasil tulisan orang lain. Menggunakan gambar atau foto tanpa pengetahuan si pemilik gambar tersebut - yang banyak terdapat dalam blog ini.
Dengan melakukan perkara-perkara di atas, kita sebenarnya melakukan satu penipuan, dan bila kita menipu - ia adalah satu perkara yang dilarang, baik dalam apa jua agama sekalipun. Apatah lagi jika anda seorang Muslim.
Perkara 1 - takut2 nanti sumber pendapatan itu menjadi syubhah dan boleh jatuh haram jika kita seben…