Belilah Produk Buatan Malaysia

Belilah produk buatan Malaysia - Kempen ini rasanya tidak pernah berhenti. Saya fikir ia patut diteruskan sampai bila-bila. Kenapa? Sebab masih ramai lagi rakyat Malaysia yang kurang percaya dengan kehebatan dan kelebihan produk tempatan. Nilai semangat untuk negara tu masih kurang. Tidak seperti negara Asia lain, seperti Jepun, Korea, India, dan China yang menyokong produk tempatan sehingga dikenali serata dunia.

Sebenarnya kita ada banyak produk yang hebat. Contoh paling sempoi ... produk Bedak Sejuk. Saya ada cerita sebelum ini berkenaan usahawan IKS yang sudah menapak berani mempromosi produk dan bisnes yang dulunya dianggap bisnes orang kampung. Promosi bukan promosi letak flyers di cermin kereta ye .. ni gunakan Adwords - mempromosi produk ke serata dunia secara online.

Belilah Produk Buatan Malaysia

Belilah Produk Buatan Malaysia
Saya teringat lagi, saya pernah bersama keluarga pergi ke Ekspo Beli Barangan Malaysia yang diadakan di PISA (sekarang dah kena ambil alih oleh SP Setia). Satu ekspo yang ketengahkan pelbagai produk tempatan berkualiti dan menarik. Macam-macam jenama produk IKS, dari syarikat tempatan dan syarikat antarabangsa ada dipamerkan. Satu program awareness yang bagus.

Packaging semua memang nampak hebat. Ada tu, saya ingatkan produk buatan oversea...rupanya ia buatan Malaysia! Banyak yang saya dapat tahu tentang apa itu produk buatan Malaysia di ekspo tersebut. Tak sangka kita punya banyakkkkk produk dan barang berkualiti dan ada di antaranya bertaraf antarabangsa, siap ada sijil dan dapat award lagi. Taraf ni saya betul-betul maksudkan .... "Ehhh ye ke nih? Buatan Malaysia? Buatan tangan?"

Tips Shopping - Belilah Produk Buatan Tempatan

Cukup tertarik dengan cara pembungkusan yang perghh .... memang tabik la. Dan menariknya, kebanyakkan produk2 ini asalnya dibuat dan merupakan bisnes dari rumah. Dan ekspo ini mendedahkan segalanya ..

Dalam ekspo yang saya pergi ni; kat Pisa, Penang, saya dapati ramai juga yang hadir, siap ada datang dengan rombongan bas lagi. Dan pada saya, ia merupakan ekspo produk terbaik - sebabnya ada banyak pilihan, harga yang leleh serta leh dapat percuma beberapa produk dan sampel. :) - haaa ini teknik marketing yang patut ramai cuba.
Belilah Produk Buatan Malaysia
Belilah Produk Buatan Malaysia
Kami sempat juga la bawak balik beberapa 'ole-ole' dan semuanya dijual dengan harga yang tak boleh dapat kat tempat lain - sampaikan rasa nyesal tak borong banyak2 sebabnya beza harga yang ada di pasaran dengan apa yang ada di ekspo tu ..jauhhhhhh jurangnya.

Ada tu, saya ditawarkan 3 telefon bimbit dengan harga RM399! Tiga bijik tu dengan harga bawah RM500 siap ada wifi! Tetapi saya tidaklah seghairah tu, dah ada Sony Ericsson w301i (ketika itu pun dah ok dah .. tak yah nak canggih sangat.
Belilah Produk Buatan Malaysia
Belilah Produk Buatan Malaysia
Jualan sampai potongan 80 peratus .. uhh kalau ada duit memang boleh sakan memborong banyak benda, tapi tidak .. bukan kali ini. :) Selamat selamat .... lagi2 bila difikir anak dah nak masuk darjah satu ketika itu.

Dan .... bukan mak pak je yang teruja .. anak-anak pun sama bila pertama kali dapat tengok boria secara live! dan dapat banyakkkk makanan percuma .... yeay ... kesimpulannya; produk Malaysia bagus dan berkualiti .. tak perlu bangga sangat dengan produk luar .... kerana saya tengok ada Mat Salleh yang borong produk Malaysia sebab dia kata ... "Ohhh this is wonderful ... very nice indeed".
Boria Utara di Ekspo Belilah Barangan Buatan Malaysia
Gadis Boria Cun di Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia
Boria cun .. hehehe ... jarang dah dapat tengok secara live ... hanya ada kat ekspo-ekspo seperti ini sahaja. Saya harap, dapat lagi peluang untuk hadir ke ekspo belilah barangan buatan Malaysia ... dan berikan support untuk produk-produk IKS tempatan yang sememangnya lebih baik dan berkualiti. Kena yakin dengan produk kita, barulah leh jadi negara maju!

Apa Anda Dah Dapat dari Blog Post Ini?

Pengajaran dari perkongsian ini ...
  • Belilah barangan buatan Malaysia
  • Produk Malaysia dah setaraf kualiti antarabangsa
  • Shopping di ekspo seperti ini menguntungkan dan berbaloi
  • Ajar anak-anak untuk hargai produk tempatan dan bangga dengannya
  • Ada support dari kerajaan serta swasta untuk promosi produk IKS
  • Nak jimat dan supaya tidak boros, berbelanja dengan duit poket yang terhad 
  • Fikir sebelum berbelanja
  • Usahawan kena create awareness mengenai bisnes dan produk mereka

Semoga entri republished ini dapat dimanfaatkan.

2 comments.. read them below or add one

yang baik yang baik April 14, 2016
Banyak manfaatnya dari post ini. Beli mengikut keperluan tak kiralah ketika murah sangat2... bimbang nanti membazir pula :D
Ainim Suju Ainim Suju April 14, 2016
Barang buatan tempatan pun sebenarnya ada kualiti yang bagus seperti produk luar cumanya promosi dan exposure kita terhadap produk buatan Malaysia masih lemah. Malahan, pasaraya di negara ni beri kuota yang agak terhad kpd produk kita sendiri terutama yg iks..sekadar pandangan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.