![]() |
| Foto: HASRULPhoto |
Bila dah tiba hujung-hujung tahun, seperti yang saya war-warkan sebelum ini, yang pasti meriah dalam catatan kalendar adalah Majlis Walimah - iaitu undangan perkahwinan. Sana-sini akan ada kenduri, lebih-lebih lagi dalam bulan cuti persekolahan. Masa inilah sanak-saudara akan kembali berkumpul (selain hari raya), memeriahkan majlis dan mempereratkan silaturrahim.
Bukan sahaja sanak sedara, tetapi juga jiran tetangga dan kenalan baru serta lama. Dan paling menarik sekali, kita bakal dihidangkan dengan pelbagai 'corak' pengantin. Dan berkisar pada corak atau patern perkahwinan ini, saya ingin berkongsi satu artikel yang diambil dari Mingguan Wanita mengenai patern berkahwin dengan wanita yang lebih tua. Apa kelebihannya kepada wanita/lelaki yang dikahwini?
Bukan sahaja sanak sedara, tetapi juga jiran tetangga dan kenalan baru serta lama. Dan paling menarik sekali, kita bakal dihidangkan dengan pelbagai 'corak' pengantin. Dan berkisar pada corak atau patern perkahwinan ini, saya ingin berkongsi satu artikel yang diambil dari Mingguan Wanita mengenai patern berkahwin dengan wanita yang lebih tua. Apa kelebihannya kepada wanita/lelaki yang dikahwini?
Memetik dari Mingguan Wanita:
Ramai yang memandang semacam bila seorang wanita bersuamikan lelaki muda. Pelbagai tanggapan termasuklah si lelaki diguna-gunakan, tak kurang juga berkata si suami hanya berkehendakan harta. Tanggapan serong ini mungkin lebih hebat lagi jika masyarakat melihat beza usia si antara keduanya agak jauh misalnya lebih 10 tahun.
Perbezaan umur bukan lagi satu permasalahan dalam zaman serba canggih ini. Apabila ia sering berlaku; ia bakal menjadi satu amalan biasa. Pada sesetengah pihak, mungkin ia agak tertanya-tanya mengapa. Dan bagi sesetengah pihak pula; sudah ada jawapan bagi persoalan mengapa tersebut. Jadi apa kelebihan mengahwini wanita yang lebih tua dari usia - sebagai seorang lelaki? Dah tak ada anak dara yang sudi nak dikahwini ke? Apa kata kita singkap kelebihan wanita berusia ini menerusi Mingguan Wanita:
Lebih menikmati seks
Wanita yang lebih tua sering kali lebih terbuka dalam masalah seks. Mereka juga lebih menikmatinya daripada wanita muda. Berdasarkan beberapa kajian, puncak tenaga seksual wanita dicapai pada usia pertengahan 30-an hingga 40-an.
Hasrat seks ini akan lebih besar jika wanita itu sudah memiliki karier yang bagus dan mapan secara kewangan. Wanita berusia ini dikatakan merupakan pasangan seks yang tepat bagi lelaki muda yang hasrat seksnya cukup tinggi pada usia muda.
Lebih bijak dan positif
Melalui pengalaman, isteri yang lebih berusia memiliki pandangan dan sikap yang lebih positif serta lebih bijak daripada gadis muda yang baru mengenal dunia. Sikap ini sangat menguntungkan lelaki muda yang sedang berkobar-kobar semangatnya mengejar impian.
Mereka memerlukan seseorang untuk mendengar harapan, pandangan serta memberi simpati dan sokongan ketika dia berdepan dengan kegagalan.
Lebih menghargai cinta
Pertambahan usia selalu mengingatkan seseorang betapa dekatnya mereka dengan saat akhir dalam hidupnya. Keadaan ini membuatkan isteri yang lebih berusia makin menghargai kehidupan dan setiap perkara yang dilaluinya.
Mereka juga akan lebih menghargai cinta yang diberikan pasangannya apa lagi jika usianya lebih muda. Dia akan membalasnya dengan sepenuh hati. Biasanya wanita muda tidak punya fikiran yang sama, mereka takkan dapat membalasnya seperti wanita yang lebih matang usianya.
Punya pengalaman luas
Tidak dinafikan isteri yang lebih berusia terutama sekali pernah melalui alam perkahwinan sebelum ini lebih mahir dalam aspek layanan seks untuk suami. Kelebihan ini memang tidak boleh dipertikaikan.
Pengalaman lalu tentunya mengajar isteri ini memberi layanan yang lebih mantap pada suami. Sementelah mereka tahu apa yang suami inginkan, termasuklah dalam hal pemanasan dan cara untuk memberi kepuasan seks yang lebih pada suami. Maka beruntunglah lelaki yang memiliki isteri berusia.
sumber: Mingguan Wanita
**p.s: tua lebih beberapa bulan pun leh ambil kira .... hehehehe









Post a Comment
HASRULHASSAN.COM | Blog Perkongsian Informasi Dunia Maya