4 Petua Untuk Kecantikan - Jimat Untuk Kelihatan Cantik

Aha... saya nak berikan 4 petua ni untuk kaum wanita yang mahu kekal cantik dari segi luaran (ehemmmm), petua ini saya petik dari pembacaan saya dalam Mingguan Wanita. Ya, saya pun baca Mingguan Wanita ... nak tambah pengetahuan. Tak salah ye tak, seorang lelaki house husband baca majalah perempuan? huhuhu...

Sebagai seorang House Husband, perlu juga untuk tahu mengenai petua-petua ni. Kalau bukan untuk diri sendiri, untuk isteri, untuk anak .. dan mungkin untuk jiran sebelah.. manalah tahu kan. Petua-petua lama elok dan telah lama dipraktikkan.

Saya suka nak kongsikan petua-petua ini sebab ia cara untuk berjimat. Tak payahlah nak beli produk-produk yang mahal, lebih-lebih lagi produk untuk mencantikkan diri. Lagipun, produk-produk tersebut pun asalnya dari petua-petua orang lama juga. Bezanya .. ada bekas, ada botol, pastu letak label cantik-cantik. Benda cantik ... semua orang suka, termasuklah botol bekas produk kecantikan ... ada tu nak beli bukan sebab produk pun, tapi sebab botol .. haha.. ntah kenapa.

4 Petua Untuk Kecantikan - Jimat Belanja Dari Beli Produk Mahal

Saya akan kongsikan 4 petua yang boleh dipraktikkan untuk kecantikan. Paling penting, ia boleh dilakukan di rumah, dan tidak perlukan banyak modal. Yelah, bukan semua orang mampu nak beli produk mahal-mahal ye tak? Apakata lihat petua-petua ni .. kalau nak cuba silakan ye.

1. Petua Untuk Kulit Berjerawat dan Berjeragat

Tumbuk kulit kayu manis sehingga halus, renjiskan sedikit air serta letakkan sedikit madu (bukan suruh Madu yang buat ehh). Amalkan pakai 1-2 jam sehari, wajah anda bakal bersih dan berseri-seri.

2. Skrub Pencerah Kulit

Aha.... tak yah beli, buat je skrub sendiri melainkan anda banyak duit dan malas nak buat kerja2 ni... hehehe. Tapi pada mereka yang nak amalkan petua ni, dipersilakan. Goreng beras tanpa minyak selama 10 hari minit. Kemudian kisar ia sehingga halus, dan kemudian gosok pada ketika anda sedang mandi. Amalkan 3 kali sehari (nak kena mandi 3 kali nih tau!). In Sha Allah, kulit akan cerah dan lembut (ohh patutlah mek2 kelate putih2 gebu je).

3. Petua Hitamkan Uban

Kadangkala, yang umur belum cecah 30an pun dah banyak uban kat kepala. Mungkin sebab terdedah dengan banyak bendasing dan bahan kimia. Namun di sini diberikan satu petua mudah - ambil segengam daun kari (bukan sepokok!), tumbuk sehingga lumat, nak giling pun boleh, kemudian gaulkan dengan santan pekat. Rebus sebatian ini hingga jadi minyak, dan selesai sahaja, tunggu sejuk dan sapukan ke kepala yang berambut (kalau botak tak perlulah kot sebab takde sah2 takde uban).

4. Petua Untuk Haluskan Kulit Wajah

Ambil daun limau nipis dan campurkan dengan susu cair, sapukan ke seluruh wajah. Biarkan ia kering dan kemudian bilas dengan air suam. Setelah itu ambil madu dan gosokkan pada muka untuk menjadikan kulit muka tegang, lakukan petua ini sehingga anda mendapat hasilnya (mahu berbulan kot kalau kulit muka dah masuk 60 tahun!). 

Ok? Mudah ke senang? Petua kecantikan wajah ni bukan semua orang sesuai .. sama juga dengan produk. Itu sebab ada banyak petua lama soal kecantikan ni. Ikut orang, kalau rasa selesa dan rasi dengan petua A, maka teruskan... jika rasi dengan petua B .. maka amalkan. Janji setiap petua tu nampak hasilnya. Tak nampak hasil, cari petua lain ... huhu..
[Baca] Disaman Kerana Kelihatan Cantik Menawan
Sama juga dengan orang yang jual produk kecantikan tu .. tak semestinya produk yang dijual itu sesuai untuk anda. Nak tahu kenalah cuba .. tapi bijak-bijaklah juga ... sebab ada sesetengah orang ni dia alah dengan sesetengah ramuan dan bahan, walaupun bahan tu dari semulajadi.

Moga bermanfaat.