As-Salam.
Seronok bila dapat bermain dengan anak-anak kecil dan bayi yang comel. Pandangan mata mereka sangat bersih dan hening. Tak nampak kelam. Semuanya penuh sinar. Tetapi tahukah anda bahawa bagaimana perkembangan mata pada si comel ini.
Seronok bila dapat bermain dengan anak-anak kecil dan bayi yang comel. Pandangan mata mereka sangat bersih dan hening. Tak nampak kelam. Semuanya penuh sinar. Tetapi tahukah anda bahawa bagaimana perkembangan mata pada si comel ini.
Pada saat lahir, bayi hanya melihat dunia dengan warna hitam, putih serta gradasi warna abu-abu (kira mcam warna abu rokok la). Bayi kecil yang baru lahir hanya boleh melihat dengan jelas pada jarak 8-12 inci atau 20-30cm saja; jadi jangan harap la anda nak tunjuk benda2 yang melebihi jarak tersebut. Itu sebab hubungan anak dan ibu sangat akrab kerana mereka sentiasa berada dalam jarak dekat. Apabila usia si comel 8-12 minggu, mata mereka mulai boleh mengikuti orang ataupun objek yang bergerak, dan kalau kita tengok si comel akan gerakkan kepalanya untuk melihat objek bergerak tersebut; walaupun saat itu dia sudah boleh menggerakkan matanya. Pada usia 2-4 bulan, so comel dah boleh menggerakkan matanya dengan tidak menggerakkan badan atau kepalanya. Time ini juga, si comel ini dah boleh dan setidaknya mencuba untuk mencapai objek di depannya.
Pada usia 4-5 bulan, otak bayi sudah boleh belajar mengenali benda yang dilihat oleh mata. Ia akan menjadi gambar yang jelas dan memiliki dimensi. Umumnya pada usia 6 bulan ketajaman penglihatan anak-anak sudah berkembang dengan sempurna.
Hmm Maira dah pun lebih dari sembilan bulan .... dia masih lagi mengisut . .. malah memang ligat menegesot bagai mop lantai bergerak; sedangkan kalau ikut 'kembar' nya - dah boleh merangkak. Ada pendapat mengatakan bahwa bayi yang belajar berjalan lebih cepat dari usia seharusnya, mungkin akan kurang mahir untuk menggunakan kedua matanya sekaligus dibandingkan bayi yang banyak merangkak dan menggunakan matanya untuk melihat objek jarak dekat. Pendapat ini mungkin benar, sebab Maira suka kutip sehalus2 benda yang dia jumpa. Dan dia lebih suka mencapai objek2 kecil daripada objek yang besar.
Yahh .. itu serba sedikit cerita mata bayi comel .... dan selit2 skit pasal baby girl saya - Haseena Humaira. So lepas ini kepada yang minat dengan si comel, agak2 la bila bermain dengan baby kecil, dah ada pengetahuan ttg jarak penglihatannya ni; bolehla anda fikirkan cara terbaik untuk bermanja dengan si comel!
**p.s: Saya tak faham kenapa ada orang sanggup buang bayi?







nice info.. kena simpan bila dh ada anak ni =_='
http://www.duitlama2u.blogspot.com/
16 October, 2010 02:40
ya .. kena tahu ni ... actually tahu lama dah masa lahir anak kedua .. tapi tak teringat nak wat posting ni ...
so kalau agak2 kulit gelap .. cerahkan skit ..lau tak baby nanti tgk kita hitaamm je .. hahahahaha
16 October, 2010 03:36
bro, comel anak :) memang seronok tgk telatah baby yg sibuk kutip2 barang
16 October, 2010 12:10
Post a Comment