As-Salam.
Apa? Lelaki haram pakai cincin? Betul ke? Hmm ... tak lama lagi banyak nikah kawin, tentunya ada majlis akad nikah dan antara agenda utama adalah acara 'membatalkan' air wudhuk. Ia adalah acara yang selalu dilakukan selepas saja selesai akad dan nikah disempurnakan oleh tok kadi/ayah kepada si perempuan yang dinikahi oleh si lelaki teruna.
Ada orang buat sarung gelang, tapi rasanya tak pernah dibuat sarung gelang kaki atau lekatkan anting2 di telinga. Dan yang paling masyhur adalah menyarungkan cincin sebab ia mudah, senang dan boleh dilakukan dengan cepat. Tapi itu sarung di jari manis perempuan. Bagaimana dengan lelaki? Ada yang buat juga sarung cincin jugak ... nak sarung gelang dengan anting-anting - sah2 dah haram. Mau kena tempik dengan imam dan tok kadi nanti!
Tapi tahukah kita semua bahawa pemakaian cincin untuk lelaki adalah sebenarnya HARAM? Ya ia haram JIKA:
- Cincin itu cincin emas (setengah pendapat - makruh untuk cincin suasa)
- Cincin itu cincin berlian
- Cincin dipakai di jari hantu dan/atau jari telunjuk
Begitulah adanya; dan ini nas yang mengatakan Haram seperti tersebut di atas; berikut adalah cara yang dibuat dan diamalkan oleh Rasulullah s.a.w:
Rasulullah SAW memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga baginda wafat. Inilah yang dipegang Imam Malek, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek : “Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”. Hadith Riwayat Muslim.
Disamping itu Ali bin Abi Talib berkata “Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya(jari tengah atau jari hantu)”. Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi dan An-Nasai
**p.s: dulu pernah la pakai cincin, skarang dah tak gemor lagi .....




Memang dah hukumnya haram..tetapi pengantin masih juga nak pakai cincin bergilir2 sarung..huhuhu
27 October, 2010 00:34
oh..ada juga pakai kat jari telunjuk..tapi sekarang dah tak pakai..sebenarnya tau tapi ntah nape degil juga nak pakai dulu kat telunjuk..kat jari manis ada juga..
sekarang tak lagi..lagipun dah tak muat hehe
27 October, 2010 09:11
hmmm..kalo emas putih pulak macamna ek..
04 March, 2011 12:24
@LAVENDERIES SHAYLEE Apa bentuk yang ada emas HARAM dipakai oleh lelaki. Saya tak pasti campuran emas putih. Saya bukan arif mengenainya. Tapi jika berasa syak dan was-was ... baiklah dielakkan.
Tak pakai tak ada apa2 ... pakai MUNGKIN haram. Apa pilihan anda?
04 March, 2011 12:26
Post a Comment