Langkau ke kandungan utama

5 Tips Menulis Blog yang Berkesan

Tips menulis blog yang berkesan - Bagaimana nak menjadi seorang blogger yang dikenali? - satu persoalan yang saya sendiri pun susah nak jawab, tapi saya tahu siapa yang boleh jawab! Saya ada dapat satu email ini yang memberitahu bagaimana nak menjadi seorang blogger yang dikenali dalam dunia blog.

Tips Jadi Blogger Dikenali

Salah satu caranya adalah dengan menjadi penulis blog jemputan dalam blog-blog yang telahpun popular dan mendapat ranking serta pelawat yang tinggi. Dengan cara ini, anda bakal dikaitkan dengan penulis/pengendali blog ataupun laman web tersebut; yakni .. bila sebut nama u ... derang akan ingat ... 'ehh dia tu blogger dalam laman web itu kan' ... itulah maksud saya.
5 Tips Menulis Blog yang Berkesan

Situasi seperti ini merupakan situasi menang-menang kerana sesetengah pengendali blog atau laman web kadang-kala kekurangan idea mahupun masa untuk menulis. Malah kadang-kala ia menjadi kritikal dimana mereka sangat dahagakan artikel yang berkualiti untuk posting. Di sinilah, anda akan dapat memberikan sumbangan anda sebagai penulis jemputan dan secara tidak lansung memperkenalkan anda kepada audiens yang sedia ada. Pada masa sama, anda berpeluang untuk naik taraf diri anda sebagai seorang blogger dengan perkenalkan produk, penjenamaan dan blog anda sendiri.

Tetapi tentulah, ramai sekali yang akan merebut peluang yang saya telah berikan di atas. Namun, bukan mudah untuk menjadi 'guest blogger' ini. Agaknya apakah tips nak menjadi blogger berjaya dan bagaimana nak menulis dengan cara yang berkesan untuk blog-blog ini?

Berikut adalah 5 tips yang saya dapat dari email; yang saya ingin kongsikan kepada anda semua (haha .. macam la ramai sangat pengujung blog ni!).

5 Tips Menulis Blog Yang Berkesan


1. Baca dan Fahami Blog - Sangat menakjubkan bila ramai yang menghantar 'resume' ke blog-blog dan laman web terkemuka semata-mata ingin menjadi penulis/blogger jemputan tanpa memahami isi kandungan, misi, visi dan tema blog dan laman web tersebut. Kita kena faham dan tahu setiap blog itu ada tujuan dan tema isi kandungannya. Jangan pula menulis mengenai politik di laman web atau blog yang terang-terang bercerita pasal gossip artis. Pasti permintaan anda akan ditolak bulat-bulat.

Cubalah baca isi kandungan blog tersebut dalam jangka masa 2-3 bulan lepas dan fahami apa yang disampaikan kepada pengunjung-pengunjungnya. Dan pastikan anda TIDAK ULANG posting yang telah ada - untuk dapatkan niche anda sendiri dalam blog atau laman web tersebut. Anda tentu tidak mahu bercerita perkara yang dah basi ataupun yang telah ada penulisnya. Cari sesuatu yang unik untuk diperkatakan dalam blog tersebut yang tidak lari dari tema utamanya.

2. Sebagai penulis/blogger jemputan, Fahami Peraturan Blog - tentulah ada klausa dan peraturan tertentu yang perlu kita faham dan ikuti. Jangan lari atau terbabas dan melanggar etika dan klausa yang disediakan. Sangatlah penting untuk melihat apa yang mereka inginkan, apa yang boleh dan tidak boleh ditulis di dalam laman web/blog mereka. Mereka ada standard yang perlu dijaga, jadi begitu juga dengan anda!

3. Tulis Entri Blog itu Dahulu - ini bermaksud anda sudah ada entry atau post yang ingin anda published dalam laman web/blog mereka. Ia bukan sesuai yang mudah bagi mereka untuk memberikan masa kepada anda untuk menilai setiap kerja anda ataupun memberikan tugasan-tugasan tertentu kepada anda. Anda tentukan apa yang ingin anda tulis dalam blog mereka - asalkan ikuti perkara 1 dan 2 di atas. Berikan mereka entry atau posting anda, jika mereka suka, mereka akan publish di laman web atau blog mereka dengan segera. Jika tidak; terpulang pada anda untuk hantar ke laman web atau blog yang lain.

4. Buktikan Diri Anda - Adalah penting untuk menyediakan sedikit credentials bagi diri anda dikenali bila hantar artikel ke blog tertentu. Anda perlu menjadi seseorang yang telah punyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang yang anda tulis. Anda perlu tulis sedikit mengenai diri anda (credentials) dalam posting anda supaya artikel anda lebih menyakinkan; terutama kepada laman web dan blog yang mementingkan fakta!

5. Tulis Headline yang Mengiurkan - Headline yang hebat bukan sahaja dapat mengundang pembaca malah ia salah satu cara memikat pemilik atau editor laman web/blog berkenaan. Layan blog atau pemilik seperti anda melayan pengunjung blog anda sendiri. Salah satu kaedah headline yang best adalah dengan membuat headline mengenai perkara atau persoalan yang anda akan jawab dalam posting anda.

Ya ... begitulah adanya tips yang saya dapat menerusi email tentang bagaimana nak menulis blog atau menjadi penulis blog yang baik. Tentu sekali, tip ini saya sendiri ingin ikut kerana dari segi teorinya ia memang benar. Anda ingin terkenal sebagai seorang blogger? Ambil dan praktikan tips tersebut - jangan pula buat entry kontroversi - kelak nanti mengundang lokap (melainkan nak merasa buka puasa dalam lokap!).

Tulisan di atas adalah mengenai menjadi blogger yang terkenal dengan cara atau kaedah - menjadi penulis atau blogger jemputan. Ada cara dan kaedah lain. Tunggu posting saya yang lain nanti.

Komen

  1. tQ Sifu HH! memang terbaekk..

    BalasPadam
  2. nasihat yang bagus dari otai....thanks

    BalasPadam
  3. Huhu...terima kasih kongsikan..dulu pernah gak menjadi penulis jemputan di sebuah blog..kekangan masa menyebabkan semuanya terputus ditengah jalan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, bukan mudah nak jadi penulis jemputan. Saya pun pernah ditawarkan untuk jadi penulis jemputan, tapi tak terbuat.

      Padam
  4. thank you..info yg amat berguna.tapi macam cara nak jadi penulis jemputan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika baca ebook - cara nak jana income dari menulis, dah boleh tahu dah cara tu .. :)

      Padam
  5. akan berusaha untuk menjadi lebih baik

    BalasPadam
  6. tengah cuba abg hassan . kena mood betul baru boleh

    BalasPadam
  7. Info yg bagus..thanks abg HH.. LeYa sentiasa bace entry di blog ini..

    BalasPadam
  8. assalamualaikum hh...perkongsian yg menarik ni...:)

    BalasPadam
  9. syukur....artikel aku pernah terpilih disiarkan di blog denai hati...bro HH tak nak buat sesi guesr post ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa ni belum lagi, tapi saya pernah je siarkan tulisan guest blogger (luar negara).

      Padam
  10. Masih pening pening lalat lagi pasai blog ni... hehehe harap dapat info banyak dr encik hasrul.. tq yaaa

    BalasPadam
  11. tips yang sangat bagus :).. thanks for sharing Bro HH ^^

    BalasPadam
  12. nak tulis headline yg menggiurkan tu yg payah...kdng2 pk 2 3 jam utk takut sahaj..silap tajuk konten lain..lain pulak nampak dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada kongsikan cara nak tulis tajuk entri .. :)

      Padam
  13. belum yakin jadi penulis jemputan..seingat baru 2 kali sahaja..itupun dalam blog yang dah dianggap kawan

    BalasPadam
  14. Salam bro HH... saya pun telah mendapat kepercayaan tuan Denaihati untuk jadi penulis jemputa tentang iPad terbaru keluaran jenama Apple.

    Rasa teruja tu ada juag, gembira pun ada dan rasa sesuatu yang saya tulis mempunyai nilai. Tip yang bro berikan memang perlu ada pada setiap blogger jika ingin dikenali ramai.

    Dengan tersiarnya artikel yang saya tulis itu sedikit sebanyak membuat nama blog kita semakin dikenali. Semoga selepas ini, saya akan pastikan artikel yang saya tulis itu betul-betul berkualiti dan menjadi yang memberi info berguna kepada pembaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya ada baca pasal iphone dan produk Apple tu .. :) terbaiklah entri di blog Denaihati Ilhamku .. :) leh jadi seorang penulis yang cukup bagus dah tu.

      Padam
  15. Nak dapat peluang tulis artikel post kat blog blogger terkenal ni payah le...diorang otai dan hanya blogger hebat je kot dapat tulis entri post ni kat blog diorang...betul tuan HH?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh tidak juga. Kita boleh je apply dan minta .. in Sha Allah, mereka pun ada writer's blocked .. hoho

      Padam
  16. tips yang sangat menarik. saya sedang berusaha ke arah itu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Jualan Big Baby Fair - Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair - Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada - salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.
Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia - Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu b…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Tukar Password Streamyx dan TM WiFi Secara Online

Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdampin…